Home » Cyberjaya College, Almacrest juara futsal dan SIDMA College johan bola jaring MASISWA 2023
Berita Tempatan Sukan

Cyberjaya College, Almacrest juara futsal dan SIDMA College johan bola jaring MASISWA 2023

JUARA: Pemenang merakamkan gambar kenangan bersama Naib Canselor UCSF, Dr Rafiq Idris.

KOTA KINABALU: Cyberjaya College Kota Kinabalu dan Almacrest International College masing-masing meraih emas pertama acara Futsal Lelaki dan Wanita Kejohanan Sukan Antara Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) (Sukan MASISWA) Zon Sabah 2023.

Bagi futsal wanita, Almacrest International College memenangi acara itu apabila mengalahkan North Borneo University College (NBUC) dengan jaringan 1-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Gelanggang Futsal Kompleks Sukan Tun Adnan Yayasan Sabah.

Tempat ketiga disandang oleh Kolej Cosmopoint, manakala Geomatika College Keningau (GCK) di tempat keempat.

Bagi acara futsal lelaki, Cyberjaya College Kota Kinabalu muncul juara setelah mengalahkan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dengan jaringan 1-0.

Jesselton University College di tempat ketiga dan University Sabah Foundation (UCSF) di tempat keempat.

Acara futsal lelaki dan wanita disertai oleh sebanyak 16 IPTS. UCSF merupakan tuan rumah Kejohanan Sukan MASISWA 2023.

Sementara itu, pasukan bola jaring SIDMA College merangkul pingat emas acara bola jaring dalam pertandingan yang disertai oleh 13 IPTS.

Pingat Perak menjadi milik pasukan bola jaring North Borneo University College (NBUC) dan Almacrest International College mendapat pingat gangsa kejohanan kali ini.

— Tamat.

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment