Home » Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak hilang sejak Oktober lepas
Berita Am Berita Dalam Negara

Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak hilang sejak Oktober lepas

Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, Muhammad Khairul Ikhwan Muhammad Rashid yang dilaporkan hilang sejak 26 Okt lepas.

KUALA LUMPUR: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang sejak 26 Okt lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Muhammad Khairul Ikhwan Muhammad Rashid yang kali terakhir berada di rumah beralamat No B10-11-07, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, 46000 Petaling Jaya pada jam 1.30 tengah hari.

Beliau berkata, polis menerima laporan kehilangannya pada 24 Nov lepas.

“Kanak-kanak lelaki berkenaan berkulit sawo matang, berbadan kurus, berambut pendek serta pakaian terakhir adalah baju-T dan seluar trek berwarna hitam semasa keluar dari rumah,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Beliau meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi mangsa itu berada supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03- 79662222. – BERNAMA

AWANI

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment