Home » Seorang pemimpin perlu menjadi “risk taker”
Politik Sudut Pandangan

Seorang pemimpin perlu menjadi “risk taker”


MUDAH melihat contoh pemimpin “risk taker”, iaitu melalui keberadaan pemimpin itu dalam arena demokrasi melibatkan pilihan raya.

Apabila seseorang pemimpin itu menyertai pilihan raya, rakyat memberi mandat menerusi kemenangan.

Pemimpin “risk taker” adalah mereka yang berani mengambil tanggungjawab masalah rakyat selain berani membuat keputusan. Pemimpin golongan ini berpegang jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.

Pemimpin risk taker, tiada dalam kamus mereka hanya mengejar kesenangan, akan tetapi berani sengsara kerana mempertahankan prinsip. Mempertahankan prinsip inilah yang dihargai rakyat pada keadaan susah dan senang.

Parti politik yang dipimpin atau disertai pemimpin risk taker, pada kelazimannya akan disokong rakyat. Sebab itu kita dapati, walaupun pemimpin golongan ini memimpin parti politik baharu akan tetapi tetap mendapat mandat di kawasan yang ditandingi, termasuk lah di wilayah tradisi sesebuah parti.

Sudah menjadi kelaziman atas sebab potensi parti yang dipimpin pemimpin golongan ini bakal mendapat sokongan rakyat, maka menarik penyertaan berbagai lapisan masyarkat tidak kira samada mereka itu pemimpin politik atau kah rakyat biasa.

Bagi pemimpin atau rakyat yang menyertai parti yang dipimpin pemimpin “risk taker” merasa terbela dan selamat.

Di Sabah, parti yang dipimpin pemimpin risk taker adalah Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Mereka yang memimpin parti ini adalah mereka yang mengorbankan zon selesa, sebaliknya mengambil risko semata-mata untuk memperjuangkan untung nasib rakyat yang diwakili.

Semua pemimpin GRS sedar bahawa gabungan itu perlu berhadapan dengan parti yang telah berakar umbi yang dibantu pemimpin nasional, akan tetapi keyakinan mereka, bahawa rakyat bersama mereka, maka perjuangan perlu diteruskan.

Kehadiran GRS termasuk parti komponen terbaharu gabungan itu, Gagasan Rakyat, dianggap saingan terbesar bagi parti-parti yang menganggap mewakili rakyat. Kegerunan pemimpin parti-parti itu apabila kerap mengecam termasuk menggunakan unsur-unsur fitnah dan bohong, untuk mengabui mata rakyat.

Perjuangan pemimpin GRS berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan lah perjuangan mudah walaupun ianya termaktub dalam Perlembagaan Negara, kerana rekod lampau tidak sedikit pemimpin gabungan ini terseksa dengan berbagai tindakan pihak yang tidak bersetuju perkara MA63 dibangkitkan.

Apabila pemimpin GRS menggunakan pendekatan kebijaksanaan, menerusi perbincangan, perundingan, walaupun kadangkala diselitkan dengan kenyataan-kenyataan terbuka, telah membuahkan hasil antaranya- pemberian kuasa mengenai pelesenan dan penangkapan ikan laut dalam; penyerahan kuasa ke atas pentadbiran Pulau Sipadan dan Ligitan; penyerahan kuasa kawal selia minyak dan gas; pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) Saba sebagai Jabatan teknikal di bawah AP182; pelantikan wakil kerajaan Negeri Sabah sebagai ahli Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN); penyerahan kuasa kawal selia pembekalan elektrik; selain meneruskan tuntutan 40 peratus hasil bersih kutipan Persekutuan daripada Sabah di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Yakinlah apabila sesuatu perjungan berada di landasan betul, tiada agenda tersembunyi, melainkan perjuangan menuntut hak, maka rakyat akan berdiri teguh di belakang. Apa tah lagi, perjuangan GRS berpaksi pada teras SABAH FIRST sebagai teras pertama.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment