Home » GRS boleh bawa kestabilan politik Sabah
Politik Sudut Pandangan

GRS boleh bawa kestabilan politik Sabah

Kepada rakyat negeri ini jangan lagi terperdaya dengan cubaan parti-parti lain yang pernah diberi peluang untuk diberi mandat semula, kerana jelas rakyat Sabah sudah mempunyai platform politik baharu itu GRS.

RUMAH KITA, KITA JAGA adalah asas yang membawa kestabilan politik apabila semua rakyat tidak dibatasi dengan latar belakang seperti agama dan suku kaum.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukan sahaja dianggotai 7 komponen berbagai etnik akan tetapi pemimpin juga terdiri daripada semua kaum dan agama.

Ideologi politik antara parti dalam GRS saling melengkapi sehinggakan berlaku ikatan kuat dan kukuh.

Semua ini berlaku kerana pengalaman semua pemimpin yang bersama GRS khususnya pengalaman Pengerusi gabungan itu dalam spin masa yang begitu lama bermula tahun 1990.

Untuk tempoh hampir setengah abad Sabah yang mempunyai sumber kekayaan semulajadi akan tetapi kekayaan itu tidak memberi manafaat sepatutnya kepada rakyat negeri sehinggakan terdapatnya ramai rakyat negeri ini masih di bawah garis kemiskinan atau yang dipanggil miskin tegar.

Punca pada keadaan ini berlaku kerana keadaan politik yang tidak stabil yang menjadikan Sabah negeri pertama ditadbir enam kerajaan yang berbeza, iaitu era USNO, BERJAYA, PBS, UMNO/BN, Warisan dan kini GRS.

Jelas sekali kerajaan yang berbeza mempunyai pendekatan yang berbeza, tentunya menerusi trial and error, ada yang berjaya ada yang gagal, dan kesan yang gagal itu cukup besar maka telah memudaratkan kemajuan dan pembangunan negeri.

Gabungan Rakyat Sabah atau GRS dianggotai oleh 7 parti komponen iaitu Gagasan Rakyat, PBS, STAR, SAPP, USNO, LDP dan PHRS.

Rakyat negeri bersyukur kerana mempunyai kerajaan seperti GRS selain cuba membaiki kelemahan yang berdekad juga mempunyai pandangan masa depan yang jelas menerusi Sabah Maju Jaya.

Kerajaan GRS berpandangan tiada cara mengejar ketinggalan daripada segi kemajuan dan pembangunan melainkan menganekaragamkan sumber pendapatan, aktiviti ekonomi dan pada gilirannya semua ini memberi peluang kepada rakyat meningkatkan pendapatan menerusi peluang-peluang pekerjaan yang tersedia dan semua itu akan tercapai apabila ada kestabilan politik, kerajaan kukuh dan beterusan.

Untuk permulaan dalam tempoh tiga tahun kerajaan negeri yang ditarajui GRS memberi tumpuan pada kutipan hasil negeri daripada sumber ekonomi yang beranekaragam.

Pencapaian kutipan hasil negeri pada tahun 2021 berjumlah RM5.449 bilion julungkalinya melepasi paras RM5bilion, manakala tahun 2022 melepasi angka RM6bilion kepada RM6.96bilion dan tahun lalu RM6.971bilion, tidak melepasi angka RM7bilion kesan penurunan kutipan hasil daripada minyak mentah (CO) dan Minyak Kelapa Sawit Mentah (CPO) yang mengalami penurunan harga di pasaran dunia yang membabitkan penurunan kutiipan cukai berjumlah RM566.3juta berbanding tahun sebelumnya.

Apa yang membanggakan sumbangan hasil cukai daripada sumber non CO dan CPO telah meningkat 32 peratus, dan jika ini berterusan, maka perekonomian negeri semakin beranekaragam dan ianya petanda ekonomi negeri bukan sahaja berada di landasan betul akan tetapi cerah.

Rakyat negeri ini, tiada pilihan melainkan selain memberi jaminan bahawa keadaan lalu tidak berulang akan tetapi perlu dijadikan sempadan dan dinoktahkan.

Kepada rakyat negeri ini jangan lagi terperdaya dengan cubaan parti-parti lain yang pernah diberi peluang untuk diberi mandat semula, kerana jelas rakyat Sabah sudah mempunyai platform politik baharu itu GRS.

Kerana perlu memberi keyakinan penuh pada gabungan berbagai parti itu untuk pengujudan kestabilan politik, kemakmuran dan kesejahteraan menerusi Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United Demi Sabah Yang Disayangi.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News