Home » Tiada hasrat menormalkan hubungan dengan Israel tanpa negara Palestin – Arab Saudi
Berita Am Berita Luar Negara

Tiada hasrat menormalkan hubungan dengan Israel tanpa negara Palestin – Arab Saudi

Pada Rabu, Putera Faisal memaklumkan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland bahawa Israel tidak boleh menikmati keamanan tanpa penubuhan negara Palestin. – Gambar fail/Bernama

ISTANBUL: Arab Saudi tidak akan menormalkan hubungan dengan Israel melainkan isu Palestin diselesaikan, kata Menteri Luar Putera Faisal bin Farhan Al-Saud.

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual dengan saluran berita Amerika Syarikat CNN yang disiarkan pada Ahad, lapor Agensi Berita Anadolu.

“…Kita memerlukan kestabilan kerana kestabilan hanya akan wujud melalui penyelesaian isu Palestin,” kata Putera Faisal.

Pada Rabu, Putera Faisal memaklumkan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland bahawa Israel tidak boleh menikmati keamanan tanpa penubuhan negara Palestin dan menekankan perlunya gencatan senjata di Semenanjung Gaza.

Sebelum perang Israel ke atas Gaza yang bermula pada 7 Okt lepas, Arab Saudi terlibat dalam rundingan untuk menormalkan hubungan dengan Israel yang ditaja oleh Amerika Syarikat.

Tetapi penganalisis percaya konflik itu menyebabkan penangguhan rundingan antara kedua-dua pihak.

Sekurang-kurangnya 25,105 penduduk Palestin di Semenanjung Gaza terbunuh dalam serangan Israel manakala 62,681 lagi cedera.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serangan Israel telah menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan dengan 60 peratus infrastruktur di wilayah terkepung itu telah rosak atau musnah. — BERNAMA

AWANI

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment