Home » Setinggan punca mencuri air
Politik Sudut Pandangan

Setinggan punca mencuri air

Penempatan haram bukan sahaja di sekitar UMS dan UITM atau sekitarnya, akan tetapi juga di pinggir Taman Tun Fuad Bukit Padang bagi kawasan Kota Kinabalu. (Gambar Hiasan)

MENYELASAIKAN isu mencuri air atau sambungan haram tidak cukup dengan pemotongan sambungan haram selagi masalah utama penempatan haram atau setinggan tidak diselesaikan.

Penempatan haram atau setinggan memberi kesan berangkai, antaranya sampah saraf, jenayah penagihan dadah, masalah sosial lain, selain isu kesihatan seperti jangiktan penyakit berberbahaya denggi dan tibi.

Siapa pun mereka ini, apa kah rakyat tempatan perlu diambil tindakan, demi keadilan pada rakyat lain. Apa kah kerana mereka rakyat tempatan maka diberi kebebasan tidak membayar cukai pintu, cukai tanah atau cukai lain, malah mendapat bekalan air percuma dengan cara mencuri.

Usaha bimbang berkaitan sokongan politik, kerana mereka itu terdiri daripada penyokong parti sebaliknya bertindak demi keadilan menyeluruh.

Punca penempatan haram kerana mengambil peluang menjadi anggota parti tertentu, dan calon parti boleh menang kerana sokongan mereka, maka menjadi alasan membiarkan kehadiran mereka beterusan berdekad lamanya.

Penempatan haram bukan sahaja di sekitar UMS dan UITM atau sekitarnya, akan tetapi juga di pinggir Taman Tun Fuad Bukit Padang bagi kawasan Kota Kinabalu.

Selagi penempatan haram atau setinggan wujud, selagi itu isu mencuri air, letrik tidak akan selesai.

Sepatutnya kerajaan kena bertindak tanpa kompromi, berkaitan isu penempatan haram atau setinggan kerana bukan sahaja merugikan kerajaan akan tetapi tidak adil bagi rakyat pembayar cukai atau perlu membayar kemudahan yang disediakan.

Melihat gambar penyambungan haram yang dikongsikan Timbalan Ketua Menteri III menerusi laman facebook beliau, berkaitan operasi pemotongan sambungan haram di kawasan Sepanggar, Kota Kinabalu, menunjukkan sambungan itu telah wujud sekian lama, ertinya jika bukan ratusan ribu ringgit Non Revenue Water (NRW) akan tetapi puluhan ribu ringgit kerugian Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News