AHLI Parlimen Pasir Gudang daripada PKR, Hasan Karim mencadangkan jika kerjasama PH-UMNO ingin mendapat sokongan kaum melayu, maka Umno perlu menggantikan Presiden parti itu, kerana selagi parti itu dipimpin orang yang sama, kaum melayu tidak akan kembali menyokong Umno.
Mungkin pemimpin PKR itu memberi cadangan dengan meneliti penerimaan kaum melayu terhadap Umno samada menerusi PRU15 dan PRN2023 enam negeri.
Pendapat pemimpin PKR itu, jika PH-UMNO ingin mendapat sokongan kaum melayu, maka perubahan pucuk pimpinan UMNO perlu.
Di Sabah pula, tiada sebab memperkuat Umno, kerana rakyat Sabah mempunyai parti alternatif yang lebih mengerti aspirasi rakyat, iaitu Parti Gagasan Rakyat dibawah pimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor.
Dengan adanya Gagasan Rakyat, maka menjadi platform perjuangan semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama.
Sesungguhnya parti seperti Gagasan Rakyat patut wujud di Sabah lebih awal, kerana ianya lebih mewakili rakyat Sabah secara keseluruhan berbanding Umno atau parti-parti lain.
Gagasan Rakyat bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempunyai visi yang amat jelas iaitu kestabilan,kemakmuran dan kesejahteraan menerusi pendekatan Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United Demi Sayangi Sabah.
Bagi rakyat Sabah apapun perubahan kepimpinan Umno, samada di Pusat atau peringkat negeri, tidak timbul sebagai upaya memperkuat parti itu, kerana ianya dilihat tidak lagi relevan pada politik Sabah masa kini dan masa hadapan.
Tugas Umno di Sabah pada hakikatnya sudah selesai pada PRU14, apabila hilang kuasa.
Betul Umno cuba bangkit apabila bekerjasama dengan GRS semasa PRN16 Sabah dan PRU15, namun usaha supaya parti itu kekal relevan dirosakan sendiri oleh pemimpin parti itu, apabila masih menggunapakai tabiat yang menyebabkan parti itu ditolak pada PRU14.
Peluang yang digunakan disia-siakan, malah pemimpin parti itu masih menunjukan sifat arogant dan sombong kerana masih bernostalgia pada kedudukan masa lalu yang menjadi punca parti itu ditolak rakyat.
Politik Sabah “Straight Forward” apabila sesebuah parti ditolak,maka akan terus ditolak.
Jika Umno masih merasakan masih diterima rakyat kerana menang beberapa kerusi semasa PRN16 dan PRU15, perlu menerima hakikat ianya atas faktor bekerjasama dengan parti yang diterima rakyat.
Demi menunju poiltik negeri yang mapan, stabil dan kukuh, sebaiknya rakyat Sabah berterduh di bawah payung Gagasan Rakyat dan GRS, kerana ianya merupakan platform politik bagaikan Rumah, dan betul ianya Rumah Kita, Rumah Kita, Kita yang Jaga.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News
Add Comment