Home » PRN17 Sabah – UPKO berhasrat tanding banyak kerusi
Politik Sudut Pandangan

PRN17 Sabah – UPKO berhasrat tanding banyak kerusi

Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick (tiga dari kiri) berkata beliau sudah menyampaikan hasrat itu kepada Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri. (Gambar fail)

PRESIDEN UPKO telah memaklumkan hasrat parti itu bertanding banyak kerusi kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah.

Dengan pemakluman itu, pasti, UPKO tiada hasrat bertanding dikerusi yang disandang komponen GRS, melainkan kawasan yang disandang Warisan atau Umno/BN atau parti lain.

UPKO sebagai parti KDM, tentunya bertanding di kawasan-kawasan majoriti kaum itu, antara lain DUN Moyog, Melalap dan Limbahau. Hanya tiga kawasan itu yang tersedia untuk UPKO, selain DUN Kedamaian, manakala kawasan-kawasan semuanya disandang GRS.

Di antara tiga DUN itu, kemungkinan Moyog boleh diperimbangkan memandang Parlimen Penampang disandang parti itu.

Manakala Melalap dan Limbahau, perundingan perlu dilakukan antara GRS dan parti itu.

Daripada segi potensi menang, GRS lebih kehadapan di kawasan-kawasan KDM, kecuali di Moyog dan Kedamaian.

Ertinya hasrat UPKO bertanding lebih banyak kerusi, jangan sama sekali mengusik kawasan yang disandang GRS, sebaliknya hanya kawasan-kawasan parti lain, jika didapati kawasan itu dilihat hanya boleh dimenangi parti itu, tidak oleh parti lain.

Akan tetapi melihat senario politik Sabah, jika dilihat parti yang lebih berpotensi menang di kawasan-kawasan yang disandang parti lain adalah GRS. Fikir-Fikirkan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News