Home » Gerakan UPKO hanya kedudukan
Politik Sudut Pandangan

Gerakan UPKO hanya kedudukan

Tingkah laku Presiden UPKO sejak akhir-akhir ini menunjukan tindakan masa lalu berulang semula.

LATAR BELAKANG pemimpin UPKO adalah untuk kedudukan. Kerana matlamat itu maka sanggup berbuat apa saja termasuk khianati kawan.

Menyelamatkan kerajaan GRS, kerana UPKO dengan satu kerusi bersama DAP dan PKR dengan 6 kerusi, tidak semestinya telah memadam tindakan masa lalu.

DAP dan PKR tanpa UPKO sudah dapat mempertahankan kerajaan GRS. Kerana turut sama mempertahankan kerajaan tidak patut digunakan bahawa GRS perlu berkorban.

Tingkah laku Presiden UPKO sejak akhir-akhir ini menunjukan tindakan masa lalu berulang semula.

Masih segar dalam rekod, bagaimana pemimpin parti itu bertindak keluar daripada kerajaan BN Plus untuk menyokong Parti Warisan, kerana jawatan.

Apabila tindakan itu menyebabkan rakyat marah lalu menghukum parti itu dalam PRN16, maka menyalahkan pula Warisan sebagai punca, lalu menyertai Pakatan Harapan.

PH memberi peluang bertanding di Parlimen Penampang dan Tuaran. Kerana sokongan pengundi PH, maka menang, lalu membuat kesimpulan, rakyat telah kembali menyokong, kerana itu perlu tanding 10 kerusi DUN semasa PRN17 Sabah.

Tidak sedar kah pemimpin parti itu, bahawa parti yang dipimpin adalah parti KDM (Kadazan-Dusun-Murut), dan sebahagian kawasan kaum itu disandangkan GRS, kecuali Kedamaian, Moyog, Melalap dan Limbahau. Daripada mana angka 10 datang? Sedangkan kawasan yang tersedia hanya 4 kawasan.

Kawasan-kawasan yang disandang GRS itu dimenangi semasa UPKO berlawan dengan GRS ertinya rakyat memilih GRS ketimbang parti itu.

Tidak wajar dan tiada sebab GRS memberi laluan pada parti itu bertanding di kawasan yang disandang, kerana jika berlaku, seolah-olah GRS adalah parti tiada sokongan, wakil rakyat mewakili parti itu tidak berkewibawaan dan tidak patut dikekalkan.

Kerjasama GRS-PH sepatutnya mempertahankan status quo, masing-masing kekal dengan kawasan yang disandang, perbincangan agihan kerusi di kawasan yang tidak disandang. Jika kedudukan itu dipungkiri, makna ada pihak yang tidak ikhlas dalam bekerjasama.

Kenyataan demi kenyataan Presiden UPKO bertanding lebih banyak kerusi pada PRN17 Sabah menunjukkan pemimpin parti itu bukan sahaja tidak menghormati status quo akan tetapi tidak rasional.

Kerana gerakan atau tindakan yang tidak rasional itu, para pemimpin GRS kena berhati-hati kerana tersilap langkah boleh membawa kemudaratan pada parti.

Jangan terpancing dengan faktor “perpaduan”, melibatkan parti itu, kerana latar belakang pemimpin parti itu, perpaduan relevan, jika pemimpin parti itu mendapat laba.

Gerakan tersirat/tersembunyi parti itu bertanding 10 kerusi, tentunya kawasan KDM, apabila menjadi kenyataan, maka GRS berpecah, kerana kawasan yang diberikan itu adalah kawasan PBS dan STAR.

Sementara PBS dan STAR juga ingin bertanding lebih kerusi berbanding disandang, berlaku pula penyerahan kerusi pada UPKO untuk ditandingi. Parti mana boleh menerima, waima alasan perpaduan.

Apa sangat boleh disumbang UPKO pada perpaduan? Apa kah kerjasama PBS dan STAR dalam GRS bukan perpaduan?

Jika berpandukan pada perpaduan, bukannya dicerminkan menerusi merampas kerusi “kawan” kerana tafsiran, perlu banyak kerusi, untuk menunjukkan perpaduan wujud.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment