Home » Siaw Kok Chee dilantik penasihat kewangan
Berita Tempatan Politik

Siaw Kok Chee dilantik penasihat kewangan

SERAH: Hajiji (kanan) menyampaikan surat lantikan kepada Siaw.

KOTA KINABALU: Pesara Bank Siaw Kok Chee telah dilantik sebagai Penasihat Kewangan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor. 

Siaw menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Charles Stuart, Australia dan BA (Hons) Kewangan dengan Perakaunan dari Universiti East London, United Kingdom. 

Beliau mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam Bank Perdagangan, Korporat dan Runcit. 

Beliau bertanggungjawab terhadap prestasi keseluruhan dan pembangunan sumber manusia di Semenanjung Malaysia-Wilayah Sabah dan Labuan dengan Kumpulan Perbankan RHB.

Dalam tempoh 38 tahun itu, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Wilayah. Sepanjang perkhidmatan beliau, Siaw telah melalui lima penggabungan bank dan berjaya memimpin penstrukturan semula bank berkenaan bagi Wilayah Sabah dan labuan. 

Antara bank berkenaan ialah D&C Bank Berhad dan Kwong Yip Bank Berhad, RHB Bank Berhad dan Sime Bank Berhad serta RHB Bank Berhad dan OSK Berhad.

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment