Home » Azerbaijan mahu jalin hubungan dua hala dengan Sabah 
Berita Tempatan Politik

Azerbaijan mahu jalin hubungan dua hala dengan Sabah 

KUNJUNGAN: Hajiji (kiri) membelek buku yang disampaikan oleh Irfan (kanan) semasa kunjungan itu.

KOTA KINABALU: Republik Azerbaijan berhasrat untuk menjalin hubungan perdagangan dua hala dengan Sabah.

Duta Besar Republik Azerbaijan ke Malaysia Irfan Davudof berkata demikian ketika bertemu Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Sebagai negara pengeluar minyak dan gas asli, Azerbaijan yang terletak di sempadan Eropah Timur dan Asia Barat turut menjadi destinasi pelancongan yang terkenal.

Irfan semasa kunjungan itu diiringi oleh Setiausaha Pertama Kedutaan Azerbaijan Sabnam Karimova.

— TAMAT