KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor dan pegawainya membantu seorang penunggang motosikal yang terbabit kemalangan jalan raya dengan sebuah kenderaan di Jalan Tuaran, Likas, baru-baru ini.
“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan ke pejabat, apabila melihat berlaku kemalangan membabitkan motosikal dengan sebuah kenderaan di Jalan Tuaran, Likas.
“Saya bersama-sama dengan beberapa pegawai berhenti untuk membantu mangsa,” katanya menerusi hantaran ringkas pada media sosial rasminya.
Menerusi rakaman video berdurasi lebih 30 saat yang dikongsikan Hajiji, beliau bersama-sama pegawai dan pengawalnya membantu mengalihkan motosikal terbabit ke tepi jalan raya.
Beliau bersyukur tiada kecederaan yang serius berlaku kepada mangsa kemalangan.
— Johari Indan
Add Comment