Home » Kualiti Kepimpinan
Politik Sudut Pandangan

Kualiti Kepimpinan

Yusof berkata penubuhan JKDM ini bercanggah dengan keputusan Kerajaan Negeri menerusi Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-16 Penggal Keempat pada November 2023 yang meluluskan pindaan kepada Ordinan Pentadbiran Luar Bandar Sabah.

Untuk  menjadi Ketua  , calon Pilihan Raya Umum ( PRU) atau Pilihan Raya Negeri ( PRN) atau Pilihan Raya Kecil ( PRK) atau wakil rakyat seseorang itu harus memiliki kriteria kriteria seperti  berikut:

a) Pada zaman  ini , untuk menjadi pemimpin seseorang itu perlulah  yang  berpelajaran ( educated) sekurang kurangnya memiliki   ijazah. Sekiranya  ada Master atau PhD itu lebih baik.

b) Seorang yang mahu jadi pemimpin haruslah  mahir berbahasa Inggeris . Mampu bertutur dalam Bahasa Bahasa yang lain adalah satu kelebihan.

c) Ada kemahiran IT atau tahu menggunakan komputer.

d) Memiliki Kebolehan “Public Speaking” (ucapan awam) dan PR yang baik.

e) Seorang pemimpin harus punya perancangan dan pandangan jauh untuk rakyat, kawasan dan negeri.

f) Punya  idea,wawasan,  inisiatif, drive, energy dan keupayaan menyelesaikan berbagai masalah rakyat sepert infrastruktur , bencana  termasuk konflik  dalam organisasi serta masyarakat.

g) Tiada tabiat negatif, moral yang rendah atau gaya hidup yang tidak sesuai dengan masyarakat seperti berjudi dan lain sebagainya.

h) Harus Lulus saringan polis atau SPRM . Seorang pemimpin tidak boleh ada rekod atau penglibatan aktiviti jenayah seperti rasuah, gengster, skandal atau salahguna kuasa.

Persolannya ialah, ditahap mana kita sekarang sama ada di peringkat pusat dan negeri?

Dalam masa yang sama perlu juga  diingat bahawa pemilihan pemimpin itu sangat kompleks. Ada banyak pertimbangan dan perkiraan yang perlu di ambil.  Untuk memilih  calon selalunya istilah yang diguna adalah “WINNABLE CANDIDATE” atau calon boleh menang yang melangkaui kriteria lain dan dipilih oleh pengundi ( rakyat) melalui proses pilihanraya.

Dalam keadaan kampung, daerah , kawasan , negeri, atau negara yang tahap Pembangunannya  masih rendah, sistem pendidikan yang  belum kemas, mentaliti atau cara berfikir masih berada di kelas ketiga dan dalam keadaan  politik dan kerajaan yang tidak stabil,  semua kriteria yang saya sebutkan di atas itu belum boleh kita capai sepenuhnya.

Pemilihan pemimpin yang  tinggi kualitinya dapat tercapai bila sudah ada sistem yang kemas  dalam  pemilihan pemimpin dan kekuatan pemerintahan atau politik yang stabil untuk dilaksanakan. Sistem ini sudah dibuat di negara negara maju seperti di Singapura , China , Eropah, Australia dan USA.

⁠Pemimpin yang mahu menawarkan diri pula perlu bercermin diri terlebih dahulu . Rakyat atau pemimpin yang ingin memilih bakal bakal pemimpin pula haruslah menilai semua kriteria kriteria yang ada di atas.

*Penulisan di atas merupakan hasil coretan minda Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob. Beliau juga merupakan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) DUN Sindumin dan pengerusi Qhazanah Sabah.