MENERUSI jelajah pemimpin parti maka akan terlihat sejauh mana kerjasama antara pemimpin, sejauh mana dapat menarik sokongan masyarakat di kawasan yang dilawati, selain mengenal pasti kesiap siagaan pemimpin setempat khususnya di pusat-pusat daerah mengundi (PDM).
Kekuatan sesebuah parti dilihat di peringkat PDM, kerana melaluinya diketahui nisbah pengundi.
Menerusi maklumat di setiap PDM akan diketahui kekuatan sebenar parti, termasuk kekuatan parti lawan.
Jelajah biasanya dapat dilakukan oleh parti yang mempunyai cukup pendanaan, kerana Sabah selain kawasan luas akan tetapi sistem perhubungan yang masih mencabar.
Kekuatan sesebuah parti boleh dilihat daripada segi aktiviti parti, sejauh mana menjangkau setiap pengundi, kerana pertemuan bersemuka khususnya di kawasan luar bandar mempunyai kesan yang amat besar terhadap parti politik.
Penulis mengamati Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sangat komited berkaitan jelajah selain memperkenalkan parti pada masyarakat akan tetapi juga mengukuhkan hubungan antara pemimpin parti dengan akar umbi.
Jelajah juga dapat mengenalpasti isu-isu yang dihadapi rakyat, kemudiannya isu-isu itu bakal dijawab oleh jentera parti atau penggerak parti di semua peringkat, khususnya tindakan kerajaan.
Hakikatnya isu-isu yang dihadapi rakyat berkisar pada kemudahan asas, peluang-peluang pekerjaan, pendidikan, kesihatan selain peluang-pelaung dalam aktiviti ekonomi.
Pengerak atau jentera parti juga dapat menyampaikan tindakan-tindakan kerajaan berkaitan isu-isu yang dihadapi harian rakyat terutama kos sara hidup dan kaedah menanganinya.
Selain itu rakyat juga didedahkan dengan halatuju kerajaan untuk tempoh 5 tahun, pencapaian untuk tempoh tertentu, juga memberi tahu rakyat mengapa perlu mempertahankan kerajaan.
Rakyat kena diupdate punca keadaan negeri dan rakyat seperti mana pada keadaan semasa, supaya tidak termakan dakyah pihak pembangkang yang sentiasa menangguk di air keruh.
GRS masih berhadapan dengan parti yang mana para pemimpin parti itu pernah diberi peluang menerajui kerajaan; dan mereka itu berusaha untuk kembali. Ertinya para pemimpin GRS bukan sahaja perlu sentiasa proaktif akan tetapi perlu bekerja kuat mendekati rakyat.
Dalam usaha mendekati rakyat, maka pendekatan JELAJAH perlu berterusan sehingga DUN dibubarkan. Fikir-Fikirkan.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment