Home » Politik Sabah sukar diramal
Politik Sudut Pandangan

Politik Sabah sukar diramal

Walaupun politik Sabah sukar diramal, akan tetapi berasaskan strategi/pendekatan GRS, penulis yakin gabungan itu menjadi pilihan rakyat Sabah pada PRN17, dan merealisasikan bahawa PRN itu menjadi penanda aras atau “game-changer” politik Sabah.

Pilihan Raya Negeri (PRN)17 Sabah akan menjadi penanda aras politik Sabah yang baharu kerana pada PRN itu lah dijangka akan berlaku perubahan senario politik negeri berbanding sebelumnya.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menawarkan Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United DEMI sayangi Sabah untuk mengwujudkan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan akan diuji pada PRN itu.

Jika rakyat Sabah memberi kerusi 2/3 pada gabungan itu, maka sahlah rakyat ingin diwakili parti tempatan/lokal sebagai platform dalam arena politik negara.

Bukan mudah bagi GRS merealisasikan bahawa hanya parti tempatan diberi mandat oleh rakyat, kerana kehadiran parti-parti lain termasuk parti nasional yang merupakan rakan dalam kerajaan Persekutuan yang masih memberi tawaran kepada rakyat. Bukan itu sahaja kehadiran parti yang berdaftar di Sabah seperti Parti Warisan dan parti serpihannya PKDM turut sama memberi tawaran kepada rakyat. Tidak lupa juga sebuah parti nasional lain, iaitu Perikatan Nasional (PN) salah satu parti yang mempunyai kerusi terbesar di Semenanjung juga akan memberi tawaran pada rakyat Sabah.

Memandangkan rakyat Sabah menjadi rebutan berbagai parti, maka untuk memudahkan mereka mengingat, maka melihat siapa yang memimpin parti.

Apabila melihat siapa yang memimpin, maka serba sedikit berlaku pertembungan pilihan, yang akhirnya menjadi punca politik Sabah sukar diramal.

Kerana kesukaran meramal itu, maka hanya menerusi undi sahaja akan diketahui parti mana menjadi pilihan, sebab itu penulis berpandangan, PRN17 ada lah penanda aras politik Sabah masa depan. Pun demikian, ibarat pertandingan bola sepak, kelebihan tuan rumah perlu diambilkira.

Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor sebagai Pengerusi GRS dan Ketua Menteri sebagai tuan rumah sudah tentu mempunyai kelebihan. Atas faktor kelebihan itu lah diyakini parti yang beliau pimpin iaitu GRS lebih ke hadapan berbanding parti-parti lain.

Demi mengukuhkan kelebihan para pemimpin gabungan itu memperancak mendekati rakyat menerusi bebagai strategi termasuk program jelajah parti itu khususnya oleh Pergerakan Wanita dan Beliawanis.

Menerusi aktiviti atau program mendekati rakyat para pemimpin dapat menerangkan atau menyampaikan program/tindakan/strategi kerajaan yang diterajui parti untuk membela, memajukan, membangun negeri dalam semua aspek.

Juga menerusi tindakan mendekati rakyat dapat disampaikan pencapaian/kejayaan dalam tempoh memerintah dan membandingkannya dengan sebelumnya selain menerangkan halatuju Sabah Maju Jaya.

Menerusi pendekatan akar umbi, dapat disampaikan sebarang bentuk bantuan kerajaan baik yang bersifat material mahupun spritual untuk semua rakyat.

Bantuan kerajaan berbentuk peruntukan kebajikan yang disalurkan menerusi Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah yang berjumlah RM170 juta bagi tahun 2024 sepertimana dihebahkan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan, adalah satu contoh “updating” pada rakyat berkaitan program kerajaan membela rakyat.

Selain itu tindakan setempat berasaskan kawasan yang melibatkan agensi kerajaan selain peruntukan sentuhan kasih wakil rakyat seperti bantuan tunai pada peniga kecil dan penjaja untuk menambah baik perniagaan adalah pendekatan jitu untuk memperjelas pada rakyat secara umum, bahawa kerajaan yang diterajui GRS memang komited merealisasikan kemakmuran dan kesejahteraan.

Sebagai tambahan kerajaan yang diterajui GRS ibarat rumah kita, kita yang jaga, yang membawa pengertian bahawa setiap rakyat Sabah terangkum dalam sebuah yang didiami bersama, dijaga bersama, disusun atur bersama, tanpa pengerlibatan orang lain, apa tah lagi bergantung pada orang lain.

Walaupun politik Sabah sukar diramal, akan tetapi berasaskan strategi/pendekatan GRS, penulis yakin gabungan itu menjadi pilihan rakyat Sabah pada PRN17, dan merealisasikan bahawa PRN itu menjadi penanda aras atau “game-changer” politik Sabah. Fikir-Fikirkan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .