KERJASAMA GRS-PH PLUS semasa PRN17 Sabah perlu mengekalkan status quo, iaitu masing-masing mempertahankan kerusi yang disandang, dan pada masa sama mengagihkan kerusi yang disandang parti lawan berasaskan kekuatan masing-masing parti.
Masalah utama yang didepani GRS, jika ada parti komponen bercadang bertanding sesuai dengan asas parti itu, misalnya LDP bertanding di kawasan majoriti kaum cina dan bandar, sedangkan kawasan-kawasan itu disandang Pakatan Harapan (PH).
Demikian juga PH mempunyai masalah, jika parti seperti UPKO bertanding banyak kerusi di kawasan KDM, sedangkan kawasan-kawasan itu disandang GRS, kecuali, Moyog dan Melalap.
Di kawasan bumiputera islam, kompromi boleh dilaksanakan antara GRS dan PH, di kawasan-kawasan yang tidak disandang GRS.
Jika matlamat kerjasama untuk menang banyak kerusi, maka masing-masing pihak perlu akur dengan status quo, untuk tidak merebut kerusi masing-masing.
Di pihak GRS, parti komponen yang tidak mempunyai kawasan untuk ditandingi menerusi kerjasama GRS-PH adalah SAPP dan LDP. Di pihak PH pula, UPKO kena bertanding di Kedamaian, Moyog dan Melalap (kawasan ini perlu ada rundingan berpandukan kekuatan masing-masing parti).
Kerjasama antara parti yang mempunyai kawasan bertindih, perlu melihat kekuatan masing-masing iaitu berpandukan parti penyandang sebelum pembubaran. Hanya menerusi pendekatan ini kerjasama boleh memberi kelebihan untuk menang di kerusi yang ditandingi.
Memang setiap parti mempunyai matlamat untuk bertanding dalam pilihan raya, tetapi perlu juga mengukur baju dibadan sendiri, bukan hanya sekadar bertanding. Fikir-Fikirkan.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment