Home » GRS perlu sokongan rakyat tangani kemunduran negeri
Politik Sudut Pandangan

GRS perlu sokongan rakyat tangani kemunduran negeri

Berbagai rancangan telah dibuat kerajaan GRS untuk menangani tiga kemudahan asas itu, untuk bekalan elektrik, kawalselia tenaga telah ambil alih awal tahun ini, bekalan air membina empangan baharu di Tenom dan loji-loji rawatan air, jalan raya sedang menunggu penyiapan Pan Borneo.

JIKA kerajaan masa lalu menitik beratkan kemajuan dan pembangunan negeri khususnya kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih dan bekalan elektrik, keadaan tiga kemudahan asas itu tidak seteruk hari ini.

Jika merujuk pada kerajaan BN/Umno sahaja yang bermula pada tahun 1994 sehingga tahun 2018, ianya meliputi 24 tahun, 5 kali rancangan 5 tahun.

Sungguh malang bagi kerajaan GRS yang hanya berusia 3 tahun, ada pemimpin BN/Umno bertanyakan apa yang telah dibuat berkaitan tiga kemudahan asas itu.

Sepatutnya pemimpin daripada parti itu merasa malu bertanya mengenai 3 kemudahan asas itu, kerana ianya bagaikan menepuk air didulang terpercik di muka sendiri.

Betul sebahagian pemimpin GRS asalnya daripada BN/Umno, akan tetapi walaupun terlambat keluar daripada parti itu, akan tetapi setidak-tidaknya ada keberanian kerana membawa misi yang sangat jelas untuk menyelesaikan tiga kemudahan asas itu dan juga mengejar ketinggalan dari segi kemajuan dan pembangunan.

Berbagai rancangan telah dibuat kerajaan GRS untuk menangani tiga kemudahan asas itu, untuk bekalan elektrik, kawalselia tenaga telah ambil alih awal tahun ini, bekalan air membina empangan baharu di Tenom dan loji-loji rawatan air, jalan raya sedang menunggu penyiapan Pan Borneo.

Bagi jalan raya di luar lingkaran Pan Borneo, malang bagi kerajaan GRS, kerana jalan-jalan sedia ada telah melepasi tempoh kemampuan gunapakai, ertinya tidak lagi mampu menampung bebanan yang berkali ganda, atas sebab itu, apapun kaedah penyelanggaran atau penurapan, tidak bertahan lama, kerana struktur jalan masih menggunapakai rekabentuk berdekad lalu.

Untuk menyelesaikan kemudahan asas seperti yang sedang dihadapi khususnya jalan-jalan, rakyat Sabah kena menyokong kerajaan GRS untuk merealisasikan agenda para pemimpin parti itu, iaitu menangani kemudahan asas untuk rakyat kini dan masa hadapan.

Masalah yang ditinggalkan kerajaan lalu, menjadi ikitibar pada para pemimpin GRS agar tidak diwariskan pada generasi akan datang.

Kerajaan GRS bukan sahaja berhadapan dengan rakyat yang berkategori miskin, kemudahan asas yang masih daif, juga hentaman (bukan kritikan) pemimpin parti yang mewariskan keadaan yang dihadapi rakyat pada masa ini.

Mereka yang berfikiran rasional tentu dapat menerima, tempoh 3 tahun, bukan pun lama, lagipun kerajaan GRS tidak mempunyai tongkat ajaib untuk menyelesaikan warisan berdekad dalam sekelip mata, kerana selain memerlukan masa, juga kewangan yang cukup besar, bukan ratusan juta ringgit tetapi bilion ringgit.

Kerajaan GRS berusaha sebaik mungkin mengutip hasil, berusaha sebaik mungkin mendapatkan bayaran 40 peratus hasil bersih cukai Persekutuan daripada Sabah, tujuannya, agar kerajaan mendapat kewangan yang cukup untuk digunakan menaiktaraf kemudahan asas.

Selain itu penggalakan kemasukan pelaburan untuk memperancak perekonomian negeri, menerusinya maka kutipan hasil cukai negeri akan meningkat, peluang pekerjaan dan perniagaan tercipta.

Rakyat kena yakin pada Kerajaan GRS, kerana pemimpin parti yang menerajui kerajaan mempunyai misi jelas itu pengwujudan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan menerusi keadah Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United demi Sayangi Sabah.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .