Home » Gagasan Rakyat Bandau Anjur Program Pemindahan Pengundi
Berita Tempatan Politik

Gagasan Rakyat Bandau Anjur Program Pemindahan Pengundi

Maijol berkata keputusan tersebut merupakan langkah bersejarah dan pencapaian penting yang berlaku di bawah pentadbiran Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

KOTA MARUDU:Program pemindahan pengundi bakal diadakan pada 24 dan 25 Febuari ini, bertempat di Hotel Hexan anjuran Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bahagian Bandau dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Sasaran utama program ini adalah pemegang-pemegang kad Pengenalan yang menetap atau yang beralamatkan di sekitar kawasan Bandau tetapi mengundi di kawasan lain.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bandau, Datuk Maijol Mahap berkata “seramai 13 mentor telah dilantik untuk mengurus proses pemindahan pengundi di 13 Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk memastikan kami mencapai sasaran kami.

“Bagi mereka yang berminat dalam program ini atau ingin mengetahui maklumat lanjut, mereka boleh berhubung dengan pejabat Gagasan Rakyat Bandau atau Ketua Cawangan di tempat masing-masing,” ujar beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat Pusat.

Maijol turut menzahirkan penghargaan kepada JPN dan SPR atas komitmen dan kerjasama yang diberikan kepada Pusat Khidmat Gagasan Rakyat bahagian Bandau.

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment