JANGAN kerana nafsu meletakan ramai calon, maka timbul masalah agihan kerusi antara parti-parti. Masing-masing parti perlu berpandu pada kekuatan, iaitu rekod lampau dan kerusi yang disandang.
Jangan kerana meletakan calon sekadar bertanding tetapi tidak membuahkan kerusi.
Menjelang PRN-17 Sabah, parti-parti yang tiada rekod menang banyak kerusi walaupun setiap pilihan raya meletakan ramai calon, sekali lagi membangkitkan hasrat bertanding banyak kerusi sehingga mencetuskan kecelaruan sehingga ramai beranggapan akan berlaku pertembungan berbagai parti seperti mana pilihan raya-pilihan raya lalu.
Senario politik baharu tidak semestinya parti yang tiada rekod menang banyak kerusi, akan menang banyak kerusi pada PRN-17 Sabah, kerana tiadanya faktor pendorong ke arah itu atas sebab parti yang berhasrat menjadi gajah itu kekal dipimpin pemimpin yang sama.
Dalam senario politik Sabah, memandangkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempunyai misi menjadi parti utama kalaupun tidak menjadi parti tunggal mewakili rakyat Sabah, sudah pasti bertanding sebanyak mungkin kerusi-minumum kerusi yang disandang, ertinya, tiada satu kerusi pun yang disandang parti itu akan diserahkan pada mana-mana parti termasuk lah parti yang sedang menyokong Kerajaan GRS-PH Plus.
Bagi GRS-tiada istilah rundingan baharu berasaskan keadaan baharu jika merujuk pada kerusi yang disandang, kerana kerusi-kerusi yang disandang itu adalah kerusi-kerusi yang boleh dipertahankan, boleh dimenangi, walaupun sebahagian daripadanya tidak dimenangi menerusi parti itu pada PRN16 lalu.
Jika keadaan terpaksa (to the worst) maka perlu berlaku pertandingan terbuka. Menerusi pertindingan terbuka.
Untuk menghadapi kemungkinan apa yang berlaku semasa PRN-17, para pemimpin GRS perlu bekerja keras terutama para penyandang kerusi atas sebab cabaran berat sedang menanti, bukan sahaja daripada Parti Warisan dan Umno serta Bersatu akan tetapi juga kemungkinan berlaku pertandingan terbuka antara rakan-rakan parti yang mendokong kerajaan hari ini.
Penulis dalam tulisan ini mengimbau keputusan pilian raya tahun 2018 dan tahun 2020 ( tidak merujuk pada yang berpindah parti) kerana ianya menunjukan kecenderungan rakyat sebenar pada masa itu.
Walaupun pada PRN-17 perlu mengambilkira perubahan komposisi pengundi iaitu pengelibatan undi kali pertama dan undi18.
Betul pada PRN2020 digunakannya persempadan baharu, tetapi hanya melibatkan 13 kerusi, manakala 60 yang lain walaupun berlaku perubahan komposisi pengundi tidak lah amat ketara, atas sebab itu, parti yang biasa menang di kawasan-kawasan demikian kekal menang.
Pada PRU tahun 2018, komposisi parti-parti yang menang kerusi adalah- Warisan (21), Umno (17), DAP (6), PBS (6), UPKO (5), STAR (2), PKR (2) dan PBRS (1), manakala pada tahun 2020- Warisan (23), Umno (14), Gagasan Rakyat (dulu Bersatu) (11), PBS (7), STAR (6), DAP (6), Bebas (3), PKR (2) dan UPKO (1).
Pada PRN-17, komposisi kerusi keputusan PRN16 dijangka akan berubah dengan kehadiran GRS sebagai peneraju kerajaan negeri.
Pada masa lalu, parti yang menerajui kerajaan boleh mempertahankan kerajaan sekurang-kurangnya dua penggal, kecuali Parti Warisan yang gagal mengulanginya.
Kegagalan Parti Warisan mengikuti trend kerajaan dua penggal, kerana kesan pendekatan parti itu yang bercanggah dengan aspirasi rakyat secara keseluruhan. Selain itu, pentadbiraan parti itu dilihat oleh sebahagian rakyat memudaratkan negeri dan rakyat kerana para pemimpin parti itu hanya pandai bercakap berbanding bekerja, sehinggakan perekonomian negeri hampir lumpuh.
Memandangkan pemerintahan GRS telah mewakili aspirasi rakyat khususnya berkaitan aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan, pembangunan modal insan, kutipan hasil negeri, tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selain berusaha menangani kemudahan asas yang diwarisi, maka diyakini rakyat Sabah memberi mandat untuk meneruskan pemerintahan.
Menerusi senario politik semasa, komposisi kerusi antara parti-parti hasil keputusan PRN-17 akan amat berbeza dengan komposisi PRN-16.
Akan bagai mana komposisi itu? ianya serba sedikit bergantung pada kerjasama antara parti-parti dan agihan kerusi atau keputusan ditentukan menerusi pertandingan terbuka yang mana calon yang menang berpandukan pada First Past The Post (FPTP), ertinya calon yang mendapat undi terbanyak bukannya undi popular. Menggunapakai FPTP memberi kelebihan pada parti pemerintah jika berlaku pertandingan terbuka atau banyak penjuru.
Kebarangkalian pertandingan terbuka berlaku jika parti-parti kecil (rekod pencapaian masa lalu) yang sedang menerajui kerajaan berhasrat menjadi gajah dengan mendesak untuk meletakan ramai calon.
Pertandingan terbuka dalam senario politik Sabah dan komposisi pengundi kawasan yang amat terkesan adalah kawasan bumiputera, manakala kawasan cina, sukar menguggat DAP.
Jika pada PRN-17 semua parti menyerahkan keputusan pada 1.9juta pengundi negeri, maka akan memilih pertandingan terbuka, ertinya setiap parti atau gabungan parti-parti meletakan calon di seluruh 73 kawasan. Pendekatan ini begini perlu untuk kepuasan semua pihak, lagipun pendekatan begini mengurangkan pertikaian atau sabotaj, kerana semuanya bersaing untuk mendpatkan sokongan.
Apa yang paling mustahak di kalangan parti dalam parti gabungan dapat mengagihkan kerusi sesuai dengan kekuatan/kelebihan masing-masing, kerana dengan kaedah demikian adalah langkah pertama untuk kemenangan.
Betul, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor dilihat oleh ramai pemimpin sebagai Bapa Perpaduan kerana pendekatan beliau yang mahukan semua rakyat bersatupadu, akan tetapi kerana terdapatnya para pemimpin yang mahu mengejar kedudukan dan kuasa, maka terpaksa menghadapinya secara terbuka, termasuk dalam pilihan raya ke-17 negeri menerusi pertandingan terbuka antara parti-parti.
Kenyataan-kenyataan terbuka daripada para pemimpin parti (bukan GRS) yang mendokong kerajaan GRS-PH Plus untuk bertanding banyak kerusi menggambarkan kecenderungan pertandingan terbuka, untuk membuktikan parti yang mendapat mandat rakyat.
Terpulang kepada para pemimpin sedemikian, jika memilih pertandingan terbuka, kerana tiada mana-mana parti atau pemimpin dapat mengenalpasti secara mutlak keputusan rakyat. Parti yang menang sangat bergantung pada gerakerja masing-masing parti.
Mungkin kerana faktor itu, maka jentera GRS termasuk aktivis parti selain pemimpin semua peringkat diingatkan oleh Ketua Menteri untuk mendekati rakyat menerusi turun padang termasuk program jelajah.
Menerusi pendekatan turun padang, rakyat mendapat maklumat terkini, berkaitan program-program kerajaan, pencapaian, kejayaan kerajaan yang diterajui.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment