Home » Aktor Popular Korea tawan Gunung Kinabalu
Berita Tempatan Hiburan

Aktor Popular Korea tawan Gunung Kinabalu

Lee Min-ki cukup popular dengan drama berjudul The Lies Within pada tahun 2018 yang membawa namanya ke puncak seterusnya menjadi rebutan deretan sutradara hebat.

TIADA angin tiada ribut, pelakon popular Korea Selatan, Lee Min-ki mengejutkan peminat Malaysia apabila memuat naik beberapa keping foto dirinya menawan Gunung Kinabalu, Sabah dalam Instagram.

Tanpa kapsyen mahupun perincian pada setiap foto dimuat naik, hantaran jejaka berusia 39 tahun itu meledak apabila ditularkan pengikutnya di Malaysia.

Menerusi semakan ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum dengan sikap aktor tinggi lampai itu yang tidak perlu menggembar-gemburkan aktivitinya demi publisiti.

Lebih membuatkan ramai teruja adalah apabila Min-ki hanya berkongsi kemaskini selepas berjaya sampai ke puncak.

“Tahu-tahu muat naik gambar daki Gunung Kinabalu, tak payah heboh, tak perlu media dan peminat sambut dengan sepanduk,” komen netizen.

“Wah, bukan mudah ye nak daki gunung, perlukan stamina dan fizikal yang mantap. Kagum dengan oppa (abang) Min-ki,” demikian komen seorang lagi netizen.

Lee Min-ki cukup popular dengan drama berjudul The Lies Within pada tahun 2018 yang membawa namanya ke puncak seterusnya menjadi rebutan deretan sutradara hebat.

— TAMAT