Home » Wanita GRS tingkatkan gerak kerja – Azizah
Berita Tempatan Politik

Wanita GRS tingkatkan gerak kerja – Azizah

Azizah bersama Ketua-ketua Wanita komponen dan Pengerusi Zon-zon di sebuah Hotel sekitar Kota Kinabalu pada Sabtu ini.

KOTA KINABALU:Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diminta supaya tidak selesa dengan pencapaian masa kini sebaliknya terus meningkatkan gerak kerja berkhidmat kepada rakyat.

Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Azizah Mohd Dun berkata, jentera parti khususnya Wanita GRS tidak boleh leka, sebaliknya terus mengukuhkan perpaduan sebagai  satu pasukan dalam perjuangan parti.

“Kita kena terus bekerja kuat, perkukuhkan perpaduan, bersatu hati dalam komponen GRS dan elakkan perselisihan faham serta perpecahan dalam kalangan kita.

“Sebab itu, peranan dan tanggungjawab wanita GRS amat penting dan cukup besar sekarang. Jentera parti GRS amat memerlukan wanita untuk menyampaikan mesej dan perjuangan GRS kepada rakyat di peringkat akar umbi di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Wanita GRS dan Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua-ketua Wanita Komponen GRS dan Pengerusi zon-zon di Kota Kinabalu di sebuah hotel pada Sabtu.

Turut hadir Timbalan Pengerusi GRS, Datin Malianah Ugau (PBS), Datuk Flovia Ng (STAR), Noraiza DSP Hj.Md Noor (SAPP), Puan Sri Diana Datuk Y Diego (USNO), Norazian Dumit (PHRS), Glenna Wong (LDP), Penolong Bendahari Wanita GRS, Datuk Surinam Sadikun, Ketua Penerangan Wanita zGrRS, Vyonne Yong, wakil PGRS Naib Ketua Wanita PGRS, Aziah Atoh, Setiausaha Kerja Fariza Jimmy serta Pengerusi-pengerusi Zon

Azizah berkata dengan kerjasama erat yang ditunjukkan oleh semua wanita komponen parti GRS insya Allah akan terus menjadi satu pasukan yang kuat.

Tambahnya jentera pilihan raya perlu mengetahui bahawa pengundi muda masa kini akan menjadi ‘game changer’ kepada parti politik. Kita perlu berusaha merancang sebaik mungkin cara dan kaedah untuk mendekati serta memastikan mereka selari dengan hala tuju GRS itu sendiri.

“Peranan wanita amat penting dan mereka boleh menentukan siapa kerajaan dan siapa wakil rakyat kerana pengundi wanita di Sabah tidak kurang daripada 50%.

“Peranan dan tanggungjawab wanita GRS amat penting dan cukup besar. Jentera parti GRS amat memerlukan wanita untuk menyampaikan mesej dan perjuangan GRS kepada rakyat di peringkat akar umbi di negeri ini,” jelasnya.

Wanita GRS adalah tonggak kepada kekuatan parti yang mendokong kerajaan pada hari ini, bersama rakan-rakan daripada parti lain. Justeru, pergerakan wanita parti komponen dalam GRS perlu terus meningkatkan persefahaman dan perpaduan yang sedia terjalin utuh, untuk menjadi satu pasukan yang kuat dalam perjuangan demi aspirasi rakyat negeri ini,” katanya lagi.

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment