KOTA KINABALU: Seramai 22 orang menerima sumbangan asnaf daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Luyang di Program Kasih Ramdan: Majlis Berbuka Puasa Ahli Jawatankuasa Bahagian 4 Peringkat dan Sumbangan Asnaf di Hotel 7 Suria di sini pada Ahad.
Bantuan diserahkan oleh tetamu kehormat majlis tersebut, Tuan Amos Thien yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N21 Luyang merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Datuk Phoong Jin Zhe .
Amos yang juga merupakan Setiausaha Perhubungan Awam di Kementerian itu berkata pihak mereka amat mengalu-alukan usaha dan inisiatif yang diambil oleh Gagasan Rakyat Luyang menyantuni dan membantu golongan asnaf bagi Kawasan Luyang.
“Semoga Gagasan Rakyat Luyang yang dipimpin oleh Datuk Ruhsimah Haji Zakaria selaku Ketua Bahagian akan meneruskan khidmat bakti menerusi anjuran program-program kemasyarakatan seumpama ini,” ujarnya.
Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Luyang, Lailawati Binti Datuk Ahmad Bahrom Titingan @ Julie yang ditemui wakil media berkata,sebagai pemimpin dan parti yang mewakili kerajaan hari ini, ini adalah tanggungjawab dan keperihatinan mereka menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Beliau juga berharap agar “Majlis ini akan merapatkan hubungan antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) khususnya Gagasan Rakyat pimpinan Datuk Ruhsimah dengan Pakatan Harapan.”
“Bersama-sama kita berganding bahu berbakti kepada Masyarakat,demi Sabah Maju Jaya dan Malaysia Madani” ujarnya.
Turut hadir meyerikan Majlis, Timbalan Ketua Bahagian Tuan Mohd Ron Sanin, Naib ketua Bahagian Tuan Sairin Bin Saidin, Ketua Wanita Puan Siti Ruani Binti Junin, Ketua Pemuda Tuan Mohd Fakhruz Zaman bin Datuk Arsit, Ketua Beliawanis Puan Harney Hisab, Setiausaha Bahagian Puan Suriah Binti Derahim dan Bendahari Bahagian Datuk Rashid Liaw.
Terdahulu, Datuk Ruhsimah Haji Zakaria dan Wanita Gagasan Rakyat Luyang mengedarkan makanan berbuka puasa di masjid dan tahfiz sekitar Kota Kinabalu.
— TAMAT