KOTA KINABALU: Program Iftar yang dianjurkan Kumpulan Yayasan Sabah mampu mengeartkan hubungan silaturrahim antara pihak Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah sendiri bersama agensi kerajaan dan masyarakat setempat.
Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd. merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya berkata, program ini adalah acara tahunan yang dianjurkan di kampung terpilih di seluruh Sabah.
“Untuk program kali ini, kita mengadakannya di Masjid Al-Jannah, Kampung Batangan Baru, Tuaran.
“Dalam program sama Kumpulan Yayasan Sabah juga menyumbang kepada 50 keluarga asnaf iaitu golongan kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah,” katanya.
Turut hadir Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon Kumpulan Yayasan Sabah, Zulkhairi Ismail.
Program dihadiri kira-kira 150 orang dari Kampung Batangan Baru yang dimulakan dengan berbuka puasa sebelum jemaah menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.
— Vivi Olviana Najurus
Add Comment