Home » Jangan rosakkan imej GRS di mata rakyat
Politik Sudut Pandangan

Jangan rosakkan imej GRS di mata rakyat

Jika kecenderungan pengundi tidak banyak berubah pada PRN-17 akan datang, dijangka GRS adalah parti yang menang kerusi terbanyak.

ISU membabitkan wang awam ada lah isu yang paling memberi kesan pada keyakinan rakyat terhadap sesebuah kerajaan.

Terbukti atau terdedahnya salahguna berkaitan wang awam apa sekalipun tindakan memperbetulkan keadaan tetap sahaja memberi kesan keyakinan rakyat.

Atas sebab itu mereka yang diberi amanah mempunyai tugas berat kerana perlu bertanggungjawab secara keseluruhan pada sistem pentadbiraan.

Apabila berlaku salahguna kuasa, maka yang dipersalahkan adalah kerajaan.

Perbuatan salahguna kuasa adalah suatu kepakaran memanipulasi keadaan dengan memberi gambaran bahawa tindakan yang dilakukan adalah betul dan teratur, akan tetapi secara umum merugikan organisasi secara keseluruhan.

Beberapa hari lalu seorang kakitangan sebuah agensi kerajaan negeri telah membuat dakwaan terbuka terhadap ketua pengawai eksekutif agensi itu berkaitan salahguna kuasa membabitkan wang zakat, akan tetapi mendapat respon segera daripada Yang DiPertua agensi itu menerusi hibaan akhbar menafikan dakwaan itu sambil mengancam akan mengambil tindakan undang-undang.

Oleh kerana dakwaan itu maka ada pemimpin politik meminta siasatan terperinci mengenainya termasuk siasatan SPRM.

Walaupun isu itu hanya berbentuk dakwaan, terdapatnya penyokong pembangkang di media sosial melakar berbagai infografik bahawa perbuatan itu berlaku kerana kesan lemahnya kerajaan.

Jika benar perbuatan salahgunakuasa itu berlaku dan membabitkan individu yang didakwa itu, maka ianya tidak boleh dihubungkan dengan pemerintahan, kerana perbuatan itu tiada hubungkait dengan sistem atau peraturan yang diamalkan.

Namanya juga salahgunakuasa, ianya hanya melibatkan individu tersebut, pun demikian mungkin kelemahan daripada pengawasan pihak yang diberi tanggungjawab menyebabkan perbuatan itu berlaku. Kes ini jika benar berlaku, maka serupa dengan apa yang berlaku pada Jabatan Air Negeri Sabah.

Jangan disebabkan perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab (jika benar ada) maka jangan secara umum membuat dakwaan kelemahan kerajaan dan pemimpinnya. Kena diakui dalam setandan pisang itu mesti ada buah yang busuk, akan tetapi tidak menyebabkan tandan pisang itu rosak keseluruhan.

Betul perbuatan tidak bertanggungjawab bagaikan setitik nila, boleh menimbulkan kerosakan, akan tetapi apabila melibatkan individu, maka biarlah individu itu menanggung kesan perbuatannya mengikut undang-undang.

Sesetengah pihak berpandangan jika dakwaan berpunca dariada dalaman, maka tingkat kebenarannya cukup tinggi, atas sebab itu penafian sahaja tidak mencukupi melainkan perlu adanya siasatan melibatkan pihak ketiga, demi ketelusan dan merungkai intipati dakwaan itu.

Pihak kerajaan perlu merungkai isu ini sebelum menjadi bahan dakyah pihak pembangkang untuk memperburuk kerajaan dengan isu yang sepatutnya tidak boleh berlaku.

Penulis sangat maklum bahawa kepimpinan kerajaan hari ini cukup berintegriti dan telus, kerana sebarang keputusan yang dibuat berpandukan pada peraturan-peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa. Namun, jika ada pihak mengambil peluang dengan menyalahgunakan amanah yang diberi, maka individu itulah yang perlu dihukum bukannya kerajaan yang memberi peluang kepadanya.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment