Home » Bantuan one-off kerajaan Sabah
Politik Sudut Pandangan

Bantuan one-off kerajaan Sabah

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bergambar dengan sebahagian pelajar yang hadir sempena Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung Bersama Ketua Menteri Sabah di Setia Spice Convention Centre, Pulau Pinang.

KERAJAAN Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Sabah sangat menyadari kedudukan rakyat negeri khususnya yang melibatkan kewangan.

Atas sebab kesadaran itu, maka perkara mendesak yang memerlukan wang seperti keperluan pendidikan dan kebajikan, kerajaan negeri sanggup berbelanja, kerana berpendapat tindakan membantu dikala sangat perlu adalah satu keputusan amal yang cukup tinggi nilainya.

Keperluan mendesak ibu bapa apabila membabitkan pendidikan, bukan perkara baharu akan tetapi perkara yang sentiasa ada khususnya ibu bapa yang kurang bernasib baik. Atas sebab itu, kerajaan negeri telah menubuhkan Yayasan Sabah selain berfungsi membantu kebajikan rakyat Sabah secara umum, akan tetapi juga fokus pada pendidikan.

Menyadari saban tahun bertambahnya anak-anak Sabah dan diimbangi dengan kesadaran mendapatkan ilmu, maka Kerajaan Negeri dan juga Yayasan Sabah melipat gandakan dana untuk pendidikan.

Tujuan melipatgandakan jumlah dana supaya ramai anak-anak Sabah mendapat peluang menambah ilmu.

𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐓𝐈𝐊𝐄𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇
Permohonan dibuka kepada pelajar-pelajar Sabah yang menuntut di IPTA/IPTS di Semenanjung, Sarawak dan Labuan serta tidak menerima tajaan pengajian dari BKNS, MUIS dan Yayasan Sabah.
Permohonan boleh dibuat melalui pautan dibawah :
https://subfly.sabah.gov.my

Tidak cukup dengan bantuan menambah ilmu, kerajaan dan Yayasan Sabah dan agensi yang mempunyai fungsi sama, tidak lupa juga soal ikatan kekeluargaan khususnya sempena hari kebesaran seperti Hariraya, apabila Ketua Menteri mengumumkan bantuan one-off RM600 balik kampung bagi pelajar tidak kira latar belakang agama yang belajar di Semenanjung, Sarawak dan WP Labuan yang boleh digunakan sehingga Oktober 2024.

Mendasari keperihatian kerajaan negeri, yang dilihat meliputi semua aspek, baik sosial, ekonomi dan kemudahan awam, adalah satu cerminan bahawa para pemimpin yang menerajui kerajaan Sabah hari ini benar-benar berada pada landasan tepat dan betul untuk pengwujudan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan.

Kata peribahasa, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian, maksud peribahasa ini terkandung dalam halatuju Sabah Maju Jaya.

Menerusi halatuju Sabah Maju Jaya telah dirangka berbagai teras untuk dicapai dan direalisasikan untuk dirasai dan dinikmati rakyat Sabah secara keseluruhannya.

Rakyat Sabah perlu bersyukur bukan sahaja mempunyai kerajaan seperti GRS-PH Plus, juga perlu bersyukur mempunyai pemimpin yang diketuai Ketua Menteri bersama barisan kabinet dan mereka yang mengetuai berbagai agensi negeri termasuk Yayasan Sabah.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .