Home » Salurkan dana pembangunan ke Sabah ikut saluran yang betul : STAR
Berita Tempatan Politik

Salurkan dana pembangunan ke Sabah ikut saluran yang betul : STAR

Datuk Jalumin Bayogoh berkata Kehadiran beberapa pemimpin politik pembangkang dan keterlibatan individu-individu yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri  mengukuhkan fakta bahawa perhimpunan #KamiMahuAir ini bukanlah agenda dari mahasiswa UMS semata-mata tetapi sebaliknya.

KOTA KINABALU: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri diminta untuk salurkan dana Pembangunan mengikut saluran yang betul.

“Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah – peribahasa Melayu ini mengiaskan keikhlasan seseorang untuk membantu”, ujar Ketua Penerangan Parti StarSabah, Datuk Jalumin Bayogoh mengulas tindakan penubuhan Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani (JKDM) di Sabah yang dimulakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid.

“Apakah rasional penubuhan JKDM yang melibatkan DUN-DUN seluruh Sabah sedanglan kita sudah mempunyai JKKK di setiap kampung?”

“Kita bukannya menolak, jauh sekali membantah usaha serta inisiatif yang di ambil oleh mana-mana pihak, apatahlagi kononnya usaha untuk pembangunan dan kemajuan rakyat. “

“Namun, pada masa yang sama, kami juga mahu kerajaan, pemimpin dan rakyat Sabah dihormati.

“Umum mengetahui di Sabah sudah ada sistem pentadbiran dari peringkat Negeri sehinggalah ke peringkat Kampung.

“Sekiranya ada peruntukan untuk kemajuan dan pembangunan untuk rakyat Sabah, kenapa tidak disalurkan kepada Kerajaan?

“Kami inginkan penjelasan tentang program ini,” tegas beliau.

“Perlu di ingatkan bahawa, sejernih-jernih air, jika melalui pembuluh yang kotor, tentu kotor juga airnya.

“Jika ikhlas membantu, lakukan dengan cara yang betul, kalau hendak seribu daya, kalau tidak seribu dalih, jangan ada udang di sebalik batu,” tambah Jalumin.

Terdahulu Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Joniston Bangkuai mengeluarkan persoalan yang sama yang dipetik oleh Warta Oriental.

Bangkuai berpandangan bahawa penubuhan JKDM yang dimulakan oleh Zahid yang juga merupakan Presiden UMNO boleh dianggap mewakili taktik “pecah dan perintah”, yang bertujuan mengukuhkan pengaruh Umno di wilayah ini.

— TAMAT