JIKA kerajaan tiada tindakan mengenai isu atau masalah yang ditimbulkan maka wajar diadakan perhimpunan sebagai desakan, akan tetapi isu air merupakan keutamaan kerajaan, maka himpunan mengenainya hanya gempak atau tidak bermatlamat.
Isu bekalan air bersih telah ditangani dengan berbagai cara termasuk tindakan segera, jangka pendek dan panjang.
Tindakan kerajaan semasa musim kemarau termasuk pembenihan awan, khusus untuk Universiti Malaysia Sabah (UMS) Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan menyalurkan peruntukan untuk membuat tubewell. Sementara untuk rakyat umum, Kerajaan Persekutuan memperuntukan RM300juta.
Penyediaan bekalan air bergantung pada ketersediaan loji rawatan. Kerana loji rawatan untuk kawasan Kota Kinabalu utara (termasuk UMS) iaitu LOJI TELIBONG2 telah beroperasi, yang dapat membekalkan air mencukupi, malangnya masalah perpaipan usang, sambungan haram, menjadi punca, bekalan yang sepatutnya cukup didapati tidak mencukupi.
Perlu diingat, permintaan akan air terawat bukan hanya permintaan rumah kediaman akan tetapi syarikat memproses air sebagai keluaran, premis dobi, cuci kereta, selain hotel-hotel dan prasarana awam seperti Lapangan terbang, pejabat-pejabat, premis perniagaan.
Kerajaan tidak perlu diingatkan akan keperluan rakyat mengenai bekalan air terawat, kerana ianya merupakan sebahagian kutipan hasil negeri, maknanya kerajaan sangat serius mengenainya. Bagi kerajaan semakin tinggi penggunaan maka semakin tinggi hasil kutipan, malangnya kerajaan tidak dapat memaksimumkan kutipan hasil kesan perpaipan yang usang dan sambungan haram (pencurian air).
Kerajaan tiada maksud menghalang penggunaan air, kerana setiap penggunaan adalah hasil negeri, ertinya tidak timbul desakan KAMIMAHUAIR, kerana kerajaan tahu bahawa air merupakan keperluan asas.
Sepatutnya mahasiswa yang berhimpun kononnya untuk memberitahu kerajaan supaya mereka dibekalkan air, pada hakikatnya tiada keperluan, kerana kerajaan telah bertindak, namun masalah-masalah yang dihadapi tidak dapat diselesaikan dalam masa singkat atau segera.
Apabila Loji Telibong2 beroperasi sepatutnya tidak timbul lagi masalah air di kawasan utara Kota Kinabalu, kerana air yang dirawat mencukupi, malangnya khusus untuk kawasan UMS terdapat banyak penyambungan haram yang menjadi punca bekalan terganggu.
Sepatutnya jika mereka yang berhimpun berkaitan air, bukan membawa tajuk KAMIMAHUAIR, sebaliknya HAPUSKAN SETINGGAN, NOKTAHKAN PENCURIAN AIR, SELESAIKAN NON REVENUE WATER, supaya bekalan air untuk rakyat tidak terganggu.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment