Home » Kemelut bekalan air Sabah
Politik Sudut Pandangan

Kemelut bekalan air Sabah

Sabah berdepan dengan ketitirsan air yang cukup tinggi iaitu  Non-Revenue Water (NRW), bukan sahaja mempengaruhi bekalan akan tetapi kutipan hasil daripada sumber semulajadi tersebut.

KERAJAAN di masa lalu telah merancang membina beberapa empangan  untuk menampung air sebagai sumber untuk diproses, malangnya ramai pemimpin yang “pandai-pandai” menghasut rakyat untuk membantah.

Kini mereka yang tergolong “pintar-pintar” merancang mengadakan himpunan di depan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri (PPNS @ Menara Kinabalu) dengan misi “KAMIMAHUAIR”.

Kerana kepintaran mereka, maka enggan mengambil tahu punca bekalan air mengalami gangguan atau terputus bekalan.

Tidak cukup itu, mereka tidak mengiktiraf individu yang menyebabkan mereka pintar-pintar, malah memperlekeh individu berkenaan.

Kerajaan menerusi Jabatan Air dan kementerian yang bertanggungjawab telah memberi penjelasan punca gangguan bekalan air, akan tetapi mereka yang tergolong “pintar-pintar” tidak dapat mencernanya, melainkan perlu juga berhimpun, kerana menurut mereka hanya menerusi berhimpun  maka bekalan air  tidak lagi mengalami gangguan.

Penulis yakin selepas mereka yang “pintar-pintar” berhimpun, termasuk lah berguling-guling atas jalan, keadaan bekalan air akan serupa, jika isu-isu besar yang menjadi punca gangguan seperti penyambungan haram, paip pecah disertai permintaan tinggi daripada rumah-rumah kediaman, industri penapisan air, perniagaan dobi dan cuci kereta.

Sabah berdepan dengan ketitirsan air yang cukup tinggi iaitu  Non-Revenue Water (NRW), bukan sahaja mempengaruhi bekalan akan tetapi kutipan hasil daripada sumber semulajadi tersebut.

Jika  membaca berbagai laporan berkaitan NRW nilainya mencecah ratusan juta ringgit setahun, malah kutipan hasil setahun yang tidak dapat dikutip boleh membina sebuah loji rawatan air berkapasiti 80-100 MLD.

Isu bekalan air, adalah isu yang  telah lama dihadapi rakyat, atas sebab itu semasa Datuk Shafie Apdal seorang pemimpin Sabah apabila dilantik sebagai menteri yang ditugaskan untuk menambah kapasiti bekalan diberi peruntukan yang cukup besar, malangnya peruntukan itu berakhir ditangan pihak-pihak tertentu. Walaupun peruntukan untuk membaikpulih, menyelenggara, perpaipan sudah habis dibelanjakan, akan tetapi, perpaipan kekal berkeadaan lama/tidak diganti.

Kerajaan negeri hari ini perlu mengambil pelajaran apa yang telah berlaku di masa lalu, beri keutamaan pada perpaipan yang boleh bertahan lama atau berkualiti, untuk mencegah paip pecah dan masa sama dalam mengurangkan NRW.

Kepada rakyat secara umum perlu juga belajar daripada tindakan tidak menggunakan kesan jangka panjang apabila protes/menghalang rancangan kerajaan membina penampungan air di kawasan-kawasan yang dikenalpasti. Jika lah empangan Kaidun menjadi sepertimana dirancang, kumpulan mahasiswa yang “pintar-pintar” tidak mengambil pendekatan membuta tuli.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment