Home » Penempatan haram cabaran kepada pihak keselamatan dan perlu dinoktahkan
Politik Sudut Pandangan

Penempatan haram cabaran kepada pihak keselamatan dan perlu dinoktahkan

Mereka yang tidak memahami keadaan terutama orang luar Sabah cuba mengaitkan tindakan pihak yang menjaga Taman-Taman Sabah dengan isu kemanusian, sedangkan mereka sepatutnya tahu masyarakat palau’ sejak dahulu kala tinggal di perahu (palau’ loghat atau sebutan tempatan).

TINDAKAN pihak berkuasa yang menjaga Taman-Taman Sabah merobohkan struktur haram yang digunakan sebagai persingahan masyarakat palau’ perlu disokong, kerana jika tidak dibendung daripada awal boleh membesar dan menjadi masalah sepertimana kehadiran setinggan yang menjadi punca penyambungan haram litrik dan air.

Taman Marin Tun Sakaran, bukan sahaja diceroboh akan tetapi dibina rumah-rumah penempatan haram (sepatutnya bukan cara hidup masyarakat Palau’ kerana masyarkat ini menjadikan perahu sebagai tempat tinggal-bukan tinggal di darat).

Struktur haram yang berjumlah 273, didapati digunakan sebagai tempat persembunyian Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sebelum menyebarang ke daratan, selain itu penjenayah menyamar sebagai masyarakat palau’ untuk mengaburi pihak berkuasa.

Mereka yang tidak memahami keadaan terutama orang luar Sabah cuba mengaitkan tindakan pihak yang menjaga Taman-Taman Sabah dengan isu kemanusian, sedangkan mereka sepatutnya tahu masyarakat palau’ sejak dahulu kala tinggal di perahu (palau’ loghat atau sebutan tempatan).

Mengaitkan isu kemanusian dengan melanggar undang-undang adalah tindakan tidak wajar. Jika benar mereka yang bercakap berkaitan kemanusian itu benar-benar memperjuangkan kemanusian maka mereka perlu mencari tempat atau kawasan mana di dunia ini yang menerima masyarkat itu.

Malaysia sangat berperikemanusiaan kerana membenarkan masyarakat itu berpindah randah di kawasan perairan negara selain tidak menghalang mereka jika naik ke darat, yang ternyata menjadi isu sosial, kerana mereka ini merupakan peminta sedekeh agresif.

Sabah pernah berdepan dengan pencerobohan pengganas. Ironinya pengganas itu tidak disedari kehadiran mereka kerana bergaul dengan penduduk tempatan. Tidak mustahil jika rumah-rumah haram dibiarkan akan menjadi sarang Tanduo ke-2. Sebelum ianya berlaku tindakan pencegahan adalah perlu.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment