Home » Gagal move on kehilangan jawatan KM, Shafie dilihat sebagai gila talak
Politik Sudut Pandangan

Gagal move on kehilangan jawatan KM, Shafie dilihat sebagai gila talak

Sudah hampir 4 tahun Presiden Parti Warisan itu hilang kedudukan Ketua Menteri, akan tetapi menerusi CERAMAH POLITIK sempena Rumah Terbuka Pesta Kaamatan anjuran parti itu pada Ahad di Penampang masih bercakap mengenai jawatan tersebut.

NAMPAKNYA Datuk Shafie Apdal gila talak dan belum dapat move-on kesan gagal mempertahankan jawatan Ketua Menteri (KM) pada PRN-16 September 2020.

Sudah hampir 4 tahun Presiden Parti Warisan itu hilang kedudukan Ketua Menteri, akan tetapi menerusi CERAMAH POLITIK sempena Rumah Terbuka Pesta Kaamatan anjuran parti itu pada Ahad di Penampang masih bercakap berkaitan perlantikan pemimpin lain untuk jawatan itu.

Pada cermah itu Shafie cuba menimbulkan bahawa kedudukan Ketua Menteri dan Kerajaan tidak sah, kerana mendakwa mereka yang menerajui kerajaan mewakili parti yang tidak bertanding dalam pilihan raya, dan ianya melanggar Perlembagaan Negeri.

Apa yang jelas dan terang sangat, Presiden Parti Warisan itu tidak menjelaskan kronologi perlantikan dan penubuhan kerajaan daripada peringkat awal iaitu pada September 2020.

Dengan menafikan atau menyembunyikan kronologi keputusan PRN-16, perlantikan Ketua Menteri dan pembentukan kerajaan, jelas MP Semporana merangkap ADUN Senallang itu mempunyai maksud jahat untuk kepentingan politik.

Apabila mendengar ucapan Shafie pada rumah terbuka tersebut bagi mereka yang kali pertama tentu akan termakan atau terpengaruh.

Shafie dan pemimpin parti itu sedang mengumpul atau mempengaruhi pengundi kali pertama, undi18 dan atas pagar memandangkan parti itu banyak kehilangan ahli dan penyokong apabila menyedari bahawa mereka hanya dijadikan kuda tunggangan para pemimpin parti itu untuk mendapat status dan kedudukan.

Sepatutnya jika Shafie tiada niat politik untuk mengelirukan rakyat maka akan menerangkan kandungan PERLEMBAGAAN Negeri Sabah memberi peruntukan pada Tuan Yang Terutama (TYT) sebaik sahaja keputusan pilihan raya negeri (PRN) maka perlu melantik Ketua Menteri dan seterusnya membentuk kerajaan, untuk mengambil alih daripada “caretaker government”.

TYT melantik seorang wakil rakyat daripada parti yang bertanding yang mana menurut hemat beliau mendapat sokongan majoriti.

Dalam Perlembagaan Negeri ada disebutkan wakil rakyat yang dilantik sebagai Ketua Menteri mewakili parti yang terbanyak kerusi, dan wakil rakyat itu perlu mendapat kepercayaan majoriti, atau wakil rakyat yang dilantik itu mendapat kepercayaan majoriti secara kumulatif.

Wakil rakyat parti mempunyai kerusi terbanyak hilang kelayakan untuk dilantik apabila tidak mendapat sokongan majoriti.

Bagi DUN Sabah majoriti itu adalah 37/73 kerusi.

Keputusan PRN-16 Sabah PN-BN-PBS menang 38/73, manakala Warisan-UPKO-PKR 32/73, bebas 3/73.

Oleh kerana PN-BN-PBS menamakan Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor sebagai calon Ketua Menteri, maka TYT melantik ADUN Sulaman tersebut sebagai Ketua Menteri dan seterusnya membentuk kerajaan. Jawatan Ketua Menteri bertempoh sepenggal, demikian juga kerajaan.

Apabila Ketua Menteri telah dilantik dan Kerajaan Negeri dibentuk, maka peruntukan Perlembagaan berkaitan perlantikan Ketua Menteri dan pembentukan kerajaan tamat di situ dan akan tergunapakai semula pada proses perlantikan berikutnya.

Apabila Ketua Menteri dan Kerajaan telah dibentuk, istilah parti terhenti, kerana kerajaan yang dibentuk atas nama Kerajaan Negeri. Apabila istilah parti terhenti, maka tidak timbul para wakil rakyat kerajaan dirujuk apa kah parti yang mereka sertai bertanding kah atau sebaliknya. Keadaan itu jelas apabila semua ADUN dirujuk berasaskan kerusi yang diwakili, tidak merujuk pada sesebuah parti. Ertinya mereka bebas menyertai mana-mana parti, waima keluar daripada parti yang menjadi platform semasa pilihan raya kerana ianya dibolehkan sebelum Undang-Undang Anti-Lompat berkuatkuasa.

Keabsahan kedudukan Ketua Menteri dan Kerajaan tidak terganggu, walaupun pada 6 Januari 2023, Datuk Shafie Apdal bersama Datuk Bung Moktar Radin cuba menumbangkan kerajaan menerusi Langkah Kinabalu, kerana Ketua Menteri dan Kerajaan disokong 44/73 ADUN Sabah. Makna kata, semasa cubaan menggulingkan kerajaan itu, tidak timbul istilah parti melainkan jumlah kerusi ADUNS.

Dakwaan Shafie bahawa tidak terdapat di mana-mana negara parti yang tidak bertanding boleh menjadi kerajaan dan merujuk pada kedudukan Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor dan Kerajaan Negeri hanya putar belit dan cubaan mengelirukan rakyat, atas sebab sangat jelas parti yang menjadi asas perlantikan Ketua Menteri adalah parti-parti yang menang pada PRN-16 Sabah.

Kepada rakyat Sabah secara umum perlu memberi penilaian bijak pada PRN-17 akan datang, jangan sesekali tersokong pemimpin yang tidak mampu move-on sebaliknya menabur cerita tidak benar dan putar belit.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment