MAHKAMAH Tinggi Kota Kinabalu akan menentukan tarikh mendengar semakan kehakiman 40 peratus hasil bersih Persekutuan daripada Sabah yang dibawa oleh Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS).
Mahkamah yang sama pada 11 November 2022 telah membenarkan semakan tersebut namun dirayu oleh Peguam Negara.
Sepatutnya Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada 16 Mei, akan tetapi berlaku tindakan mencela tidak diduga daripada wakil Peguam Besar Negeri yang membuat tiga hakim menangguhkan keputusan pada 24 Mei.
Pada 24 Mei, Peguam Besar Negeri membuat hujahan sesuai dengan pendirian Kerajaan Negeri, dengan perkembangan itu tiga panel hakim yang sama membuat ketetapan pada hari ini 18 Jun untuk keputusan.
Keputusan tiga panel hakim adalah bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 11 November 2022.
Latar belakang semakan kehakiman yang di bawa SLS berpunca daripada Perintah Kajian Semula 2022 berkaitan 40 peratus tersebut, kerana menerusi semakan itu Sabah dipihak yang dirugikan, selain amaun yang dibayar kecil, juga terdapatnya 48 tahun yang dipersiakan.
Dengan perkembangan di mahkamah ini, apa kah akan mempengaruhi keputusan Jawatankuasa Teknikal MA63 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri II yang dijangka membuat keputusan pada atau sebelum 18 Julai 2024.
Pendapat Kerajaan Negeri dan SLS, Perintah Kajian Semula 2022 yang telahpun diwartakan jika tidak disemak boleh membawa kerugian besar pada negeri, kerana kehilangan peluang mendapatkan tahun-tahun yang disepersiakan.
Sama-sama kita nantikan perbicaraan penuh yang tentunya memakan masa yang panjang untuk dimuktamadkan. Sabar itu separuh daripada IMAN.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .