Home » Tiada keperluan sediakan kemudahan asas kepada penempatan haram
Politik Sudut Pandangan

Tiada keperluan sediakan kemudahan asas kepada penempatan haram

Terdahulu, Ketua Menteri Sabah telah mengarahkan mereka yang didapati mencuri air/letrik baik secara individu atau syarikat perlu ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah berbanding dikompaun.

KERAJAAN perlu bertindak pada pemilik tanah yang membenarkan setinggan, kerana menjadi punca pada pencurian air dan letrik.

Telah dikenalpasti punca gangguan dua kemudahan asas itu adalah penyambungan haram. Kesan penyambungan haram telah menyebabkan kehilangan hasil ratusan juta ringgit.

Terdahulu, Ketua Menteri Sabah telah mengarahkan mereka yang didapati mencuri air/letrik baik secara individu atau syarikat perlu ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah berbanding dikompaun.

Khusus untuk kecuarian air, hampir 700 penyambungan haram antara Januari-Mei 2024, satu jumlah yang sangat besar.

Penyambungan haram terus berlaku walaupun operasi pemotongan dijalankan dari masa ke semasa, kerana TIADA tindakan tegas dilakukan termasuk menghadapkan ke mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara.

Apa beza pencuri telur masuk penjara dengan mencuri air/letrik? Sedangkan pencurian air/letrik lebih banyak membawa mudarat berbanding mencuri telur.

Penyambungan haram perlu dibenteras habis-habisan, termasuk mengenalpasti mereka yang tidak bertanggungjawab menutup sebelah mata berkaitan perbuatan tersebut. Adalah mustahil penyambungan haram berlaku kucing-kucingan antara yang memotong dengan yang menyambung, jika tiada “pelindung”.

Apabila tindakan tegas diambil pada pencurian air/letrik termasuk penjara, maka dengan sendirinya menghalang penempatan haram/setinggan, kerana di kawasan seperti ini tiada kewajiban bagi kerajaan menyediakan kemudahan asas.

Pada masa sama, mengurangkan ketirisan kutipan hasil, dan bagi bekalan air mengurangkan air tidak berhasil (NRW) yang mencecah 60 peratus tertinggi dalam negara.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .