Home » PTI menyamar Pa’lau satu ancaman
Politik Sudut Pandangan

PTI menyamar Pa’lau satu ancaman

Sabah berdepan dengan “legalised” PTI sejak tahun 70-an ekoran perang saudara di Selatan Filipina, dan berkesan pada perubahan demografik. (Sekadar gambar hiasan)

JANGAN alpa, tiba-tiba ada kumpulan memperjuangkan masyarakat pa’lau, sedangkan berdekad-dekad, golongan itu ada lah kumpulan masyarakat nomad dan tinggal di laut dan hanya naik darat dikala laut bergelora.

Perlu siasatan terperinci di sebalik memperjuangkan pa’lau, kerana ada kemungkinan ada satu misi besar di sebaliknya, iaitu, usaha mendapatkan kerakyatan bagi PTI.

“No Free lunch” setiap gerakan yang tidak normal pasti ada pihak di belakangnya.

Sabah berdepan dengan “legalised” PTI sejak tahun 70-an ekoran perang saudara di Selatan Filipina, dan berkesan pada perubahan demografik.

Jika berpandukan pada peningkatan jumlah penduduk, maka berlaku mutasi usia kandungan manusia, daripada 9 bulan 10 hari, kepada bawah 30 hari.

Hari ini kerajaan memperkenalkan berbagai strategi untuk permodenan masyarakat menerusi pembentukan modal insan menerusi ilmu dan pendidikan, sebagai persiapan berdepan dengan masa depan yang mencabar, namun di lain pihak ada pihak cuba mengumpul mereka di luas sistem untuk memperlihatkan halatuju kerajaan gagal.

Pelan pembangunan bandar berasaskan penduduk berdaftar akan tetapi di lapangan bukan demikian, dapat dilihat pada permintaan bekalan air, letrik dan perumahan.

Oleh kerana mereka yang tidak termasuk dalam pelan pembangunan, maka untuk mendapatkan kemudahan asas itu, maka terpaksa mencuri dan membina struktur haram.

Padamkan api kecil, jangan biarkan membesar, seperti mana berlaku sebelum ini ada pemimpin menunjuk baik hati dan berperikemanusian, kesannya apa yang dihadapi rakyat pada hari ini.

Apa yang malang, “mereka” itu sebahagian “penentu” kemenangan calon-calon tertentu di kawasan-kawasan yang menjadi koloni ‘rakyat baharu”.

Jangan berlaku, suatu hari kelak, rakyat asal menumpang di negeri sendiri, kerana itu, ketegasan kerajaan hari ini diperlukan sebagai benteng untuk menghalang mimpi buruk di masa hadapan. Jangan berulang lagi, sifat baik hati & berperikamunsian seperti sebelum ini, kerana ianya membawa mudarat yang besar, sehinggakan niat baik itu bertukar, di sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment