KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memberikan sumbangan peribadi kepada Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).
Hajiji yang menyaksikan penyerahan cek daripada TMJ kepada Presiden SAFA Datuk Shahelmey Yahya pada Rabu di sini berkata, sumbangan itu akan membantu perkembangan bola sepak Sabah.
Beliau juga amat menghargai kerjasama yang terjalin antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan SAFA untuk menggalakkan perkembangan bola sepak terutama dalam mencungkil bakat muda.
— TAMAT