Home » Tukar,rampas kerajaan Sabah ratiban UMNO Sabah
Politik Sudut Pandangan

Tukar,rampas kerajaan Sabah ratiban UMNO Sabah

Umno sebelum Langkah Kinabalu pada 6 Januari 2023, adalah sebahagian kerjaan GRS-BN Sabah, hasil mandat yang diberikan rakyat pada PRN-16 September 2020.

KALAU pemimpin parti, hilang pegangan, maka tidak dapat membezakan mana baik mana buruk.

Umno sebelum Langkah Kinabalu pada 6 Januari 2023, adalah sebahagian kerjaan GRS-BN Sabah, hasil mandat yang diberikan rakyat pada PRN-16 September 2020.

Oleh kerana setengah pemimpin parti itu, terutama Ketua Umno Sabah, dan wakil rakyat daripada parti itu suka adu domba, mengikut hawa nafsu sendiri, lalu berkolaborasi dengan Parti Warisan merampas kerajaan, untuk menggantikan Ketua Menteri.

Selepas gagal, maka tukar, rampas menjadi ratiban.

Rakyat perlu peka dengan tindak tanduk para pemimpin parti itu, matlamat mereka bukan untuk rakyat, akan tetapi kepentingan peribadi.

Keputusan rakyat pada PRN-16 tidak dihormati, ada lah ceriman perangai mereka, yang tidak akan menghormati rakyat.

Para pemimpin seumpama ini, jika ada kuasa, akan melakukan tindakan-tindakan menghalalkan cara, dan tentunya merugikan rakyat.

Di kamar-kamar mahkamah, di dada-dada akhbar, direkodkan tinduk tanduk pemimpin parti itu, jika ada kuasa, dan semuanya merugikan rakyat dan negara.

Tindakan komplot rakaman video untuk mencemarkan Ketua Menteri dan pembunuhan karakter beberapa ADUN yang menyokong kerajaan, adalah tindakan kotor dan jijik, walaupun pemimpin parti itu menafikan pengelibatan.

Kata orang, gambar membawa 1001 satu makna, walaupun sekeping gambar itu tidak mampu berkata-kata.

Kemesraan dalang perakam video sulit dengan Datuk Bung Moktar Radin, jika gambar dapat berbicara, akan mengungkapkan segalanya.

Dalang perakam, ada lah seorang scammer, broker, penipu, maka apabila dijadikan watak untuk menumbangkan kerajaan, dengan balasan yang besar, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.

Rakyat Sabah jangan sesekali terjebak dengan permainan kotor dan jijik, dan paling penting jangan terdaya dengan pemimpin yang bermatlamat berkepentingan peribadi.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Giulietta Capulet

Add Comment

Click here to post a comment