APA yang dikatakan Timbalan Presiden Gagasan Rakyat, merangkap Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, agihan kerusi melibatkan Pakatan Harapan (PH) bukan sesuatu yang rumit, adalah betul, atas sebab, yang rumit itu, antara komponen GRS itu sendiri, kerana bergantung citarasa masing-masing parti.
Bagi komponen parti yang mempertahankan status quo, iaitu kerusi-kerusi yang disandang, tidak lah rumit sangat, yang merumitkan itu, apabila ada komponen parti yang tidak menyandang sebarang kerusi akan tetapi berhasrat merebut kerusi penyandang.
Berpandukan pada senario semasa, semua kerusi parti Warisan, dan kerusi Umno kumpulan Bung Moktar, adalah kerusi-kerusi yang tersedia bagi GRS, akan tetapi, ada parti komponen yang berhasrat kerusi yang selamat bagi parti itu, adalah kerusi yang disandang parti rakan.
DUN Pintasan menjadi cerita-cerita kedai kopi, media sosial, malah dikalangan pemimpin, kerusi tersebut diintai parti USNO.
Latar belakang politik Sabah, sangat erat dengan tiga elemen serangkai: Calon-kaum-kawasan, ertinya, seseorang calon adalah mewakili kaum majoriti di kawasan asalnya.
Di Parlimen Kota Belud, selain DUN Pintasan, adalah DUN Tempasuk, Kedamaian dan Usukan.
Bagi setiap DUN, telah ada penyandang bagi pihak GRS-PH, kecuali Usukan.
DUN Usukan, tentunya Ketua Bahagian GRS akan menjadi calon. Ertinya, jika DUN Pintasan diambil alih calon USNO, maknanya, ADUN penyandang yang juga Ketua Bahagian GRS, Datuk Fairuz Renddan, bertanding di kerusi lain?.
Keadaan di DUN Pintasan, adalah kerumiatan atau cabaran bagi GRS.
Isu DUN Pintasan agak rumit, apabila timbul isu rebut merebut. Kesannya, jikapun penyandang kekal dicalonkan, penyokong parti yang berhasrat merebut akan mengundi calon parti lain.
Penulis faham benar, kencenderungan pemimpin akar umbi parti yang ingin merebut. Jika daripada awal, tidak timbul isu merebut, maka keadaan berbeza.
Keadaan sudah terlambat, kerana telah tertanam, di kalangan akar umbi parti yang merebut, bahawa DUN Pintasan diberikan pada calon parti itu. Jika pun, status quo dikekalkan, kebarangkalian tinggi, kerusi tersebut terlepas daripada genggaman GRS.
Tiada yang boleh dibuat, walaupun kerusi tersebut ditandingi atas nama GRS, akan tetapi individu yang berbeza, undi protes, kekal berlaku. Keadaan di kerusi tersebut, seperti kata gurauan, ibu mengandung, kerana lambat mencabut.
Pada PRN-16, penulis pernah meramalkan, GRS akan menang 37/73, dan tidak mengambilkira DUN Pintasan.
Jika DUN tersebut, akan berganti calon, walaupun atas nama GRS, ramalan penulis akan serupa, kerana berlaku menang sorak kampung tergadai.
Walaupun DUN Pintasan, mempunyai kebarangkalian tinggi dirampas parti lain, tidak menidakkan penguasaan GRS secara keseluruhan. Akan tetapi, apa yang berlaku pada PRN-16, mungkin berulang?.
Apa kah keputusan PRN-16 berulang, bergantung, pada gerakkan pemimpin GRS setempat mempengaruhi penyokong masing-masing.
Apa yang pasti DUN Pintasan, akan berlaku persaingan sengit. Pemenang ditentukan menerusi First Past The Post, bukan undi popular.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment