Home » PRN-17 SABAH: Parti-parti komponen GRS jangan berebut kerusi
Politik Sudut Pandangan

PRN-17 SABAH: Parti-parti komponen GRS jangan berebut kerusi

Pada masa ini, GRS menyandang 38/73, mempertahankannya sudah cukup untuk membentuk kerajaan.

UNTUK memastikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang 37/73, maka setiap komponen parti perlu bersetuju mempertahankan status quo, iaitu, setiap penyandang diberikan peluang mempertahankan kerusi masing-masing dengan sokongan tidak berbelah bahagi.

Pada masa ini, GRS menyandang 38/73, mempertahankannya sudah cukup untuk membentuk kerajaan.

PRN-17 bukan masa berebut kerusi, akan tetapi masa memperkuat dan memperkukuh.

Berebut kerusi, adalah satu kelemahan. Atas sebab itu perlu dielakkan.

Jika ada komponen parti yang tidak menyandang kerusi, jika berhasrat meletakan calon perlu melihat secara keseluruhan. Bertanding sekadar menang sorak kampung tergadai perlu dibuang jauh-jauh.

Betul, tujuan berparti adalah untuk bertanding. Akan tetapi, perlu juga mengukur baju dibadan sendiri.

Komponen GRS, ada tiga parti yang boleh menterjemahkan pencalonan kepada kerusi, manakala 5 lagi, semasa PRN 17 perlu menjadi pendokong dan jentera, untuk memastikan kerusi-kerusi yang disandangkan dapat dipertahankan.

Jika sekalipun 5 parti tersebut mendesak juga untuk bertanding, maka terpaksa akur, bertanding di kerusi-kerusi yang disandang Parti Warisan dan Umno serta KDM.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment