Home » Perubahan kepimpinan PH Sabah: Apakah “game plan” berubah?
Politik Sudut Pandangan

Perubahan kepimpinan PH Sabah: Apakah “game plan” berubah?

SIDANG MEDIA: Ewon (tengah) bersama para pemimpin PH Sabah ketika dalam sidang media. Beliau yang juga merupakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dipilih menjadi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu untuk penggal 2024 sehingga 2026.

PERUBAHAN mesti menerusi perancangan untuk mencapai misi. Ertinya menerusi perubahan, game plan sebelumnya, kurang dipersetujui dan perlu diubah.

Selepas menang Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah mengenepikan penyandang, Datuk Ewon Bendedick hanya memberi penekanan, agar PMX kekal menjadi Perdana Menteri, tidak menyebut, bahawa di Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kekal sebagai Ketua Menteri.

“Silent” berkaitan kedudukan Ketua Menteri, ada isyarat tersirat menerusi perubahan kepimpinan tersebut.

Sebelum ini, Ewon yang juga Presiden UPKO, telah menyuarakan hasrat parti itu bertanding 10 kerusi majoriti KDMR, tambahan 9, pada PRN-17 akan datang.

Jika berpandukan pada kedudukan kerajaan GRS-PH Plus, hanya DUN Moyog, Melalap dan Bandau, yang tersedia.

Jika UPKO berhasrat bertanding di kerusi-kerusi yang ditandangi pada PRN-16, yang hanya menang DUN Kedamaian, maka berlaku, pertindihan, antara parti itu dengan GRS. GRS, tidak akan melepaskan mana-mana kerusi yang disandang.

Hasrat UPKO bertanding banyak kerusi lebih rumit berbanding PKR dan Amanah, membabitkan agihan dengan GRS, kerana dua parti itu boleh bertanding di kawasan yang tidak disandang GRS.

Penulis amat maklum pendirian Ewon, dan akan memaksa hasrat parti itu. Jika keadaan demikian berlaku, jika sebelum ini, Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun melihat tiada kerumitan agihan kerusi antara GRS-PH, nampaknya tidak tepat lagi, ekoran perubahan kepimpinan PH.

Jika UPKO menerusi rundingan agihan kerusi, kekal dengan pendirian untuk bertanding di kawasan yang disandang PBS dan STAR, waima Gagasan Rakyat, ertinya, rundingan agihan kerusi antara GRS berhadapan jalan mati. Pada keadaan demikian, tentunya, masing-masing, perlu memilih haluan sendiri.

Penulis melihat, perubahan Pengerusi PH Sabah, selain hasrat UPKO bertanding banyak kerusi, juga hasrat PKR dan Amanah bertanding sebanyak mungkin kerusi. Hanya mungkin DAP, konsisten dengan pendekatan, bertanding, wajib diterjemahkan pada kerusi.

Bisu berkaitan kedudukan Ketua Menteri, satu gambaran, bahawa PH Sabah mempunyai agenda besar di Sabah.

Mereka yang mengikuti latar belakang politik Sabah, maklum dan sedar sangat kelibat pemimpin UPKO, yang berDNA, hanya mau untung, tidak mahu rugi.

Menyokong kerajaan GRS-PH Plus, bagi UPKO hanya untuk memudahkan berhubung dengan akar umbi, dan bukanpun, bermatlamat mempertahankan kerajaan, sebaliknya, mahu menjadi kerajaan dengan pendekatan yang berbeza.

Mereka mengambil peluang dengan kedudukan Kerajaan Persekutuan yang ditulang belakangi parti mereka, dan yakin, rakyat Sabah dibelakang mereka.

Gerakan pembunuhan karakter para pemimpin Gagasan Rakyat, adalah sebahagian modus operandi, melemahkan kedudukan Ketua Menteri dan GRS, apa tah lagi, gerakan tersebut cuba dijayakan malaysiakini, disertai NGO-NGO dan peguam-peguam serta pemimpin politik yang berpusat di Semenanjung.

Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya, gambaran pertukaran Pengerusi PH Sabah, gerakkan pembunuhan karakter pemimpin GRS. Fikir-Fikirkan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment