Home » Desak Ketua Menteri letak jawatan, Pemuda UMNO Sabah hilang akal
Politik Sudut Pandangan

Desak Ketua Menteri letak jawatan, Pemuda UMNO Sabah hilang akal

Sufian Abd Karim, Ketua Pemuda UMNO Sabah.

APABILA seseorang hilang akal, najis sendiri pun dimakan. Ini yang berlaku pada Ketua Pemuda Umno Sabah yang mendesak Ketua Menteri meletakkan jawatan kononya untuk ruang siasatan terhadap komplot video yang membabitkan beberapa ADUN penyokong kerajaan.

Seseorang yang hilang akal, selain tidak dapat mengecam mana betul mana tidak, juga berkeadaan celaru, apa kah seorang manusia atau binatang.

Jika berpandukan pada asas, fakta, dan jika Ketua pemuda Umno Sabah itu berakal, maka, Ketua Umno Sabah dan Presiden parti yang wajib didesak untuk meletakkan jawatan.

Betullah, Umno kehilangan kapasiti, ketiadaan modal untuk mempengaruhi rakyat, sehinggakan tidak dapat membezakan, antara benar dan salah.

Kepada rakyat Sabah, perlu mengambil iktibar, bahawa Umno, bukan lagi, parti yang pernah disokong sebelum ini, kerana parti itu, dikuasai oleh mereka yang kurang akal, kehilangan berfikir, dan tidak dapat membezakan mana baik dan buruk.

Menyokong parti yang dipimpin pemimpin kategori demikian, sama dengan membunuh diri, menipu diri sendiri.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .