BERTINDAK menggerakkan pembunuhan karakter dan “trial by media” pembangkang perkirakan Ketua Menteri akan gelabah dan membubarkan DUN untuk PRN-17 Sabah mengejut.
Mereka salah orang, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, tidak akan tunduk dengan ugutan, permainan politik kotor.
Mereka terkejut dengan kukuhnya dan padunya kerajaan, walaupun berbagai serangan dilakukan pemimpin Umno dan Parti Warisan, tiada seorangpun yang goyang, termasuk penyokong akar umbi.
Serangan kotor, menyebabkan pemimpin dan penyokong kerajaan semakin merapatkan saf dan berganding bahu mempertahankan kerajaan dan negeri yang “under attack”.
Pemimpin kerajaan dan penyokong telah belajar daripada sejarah, Allahyaram Tun Mustapha, Tun Fuad dan Tan Sri Pairin, adalah para pemimpin yang mempertahankan hak-hak Sabah dan rakyatnya dijatuhkan dengan sedemikian rupa, dan kini, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menjadi sasaran.
Rakyat Sabah sangat sedar, modus operandi yang digunakan, adalah untuk menumbangkan kerajaan yang bermisi SabahFirst, SabahForward, SabahProsper dan SabahUnited Demi Sayangi Sabah.
Para pemimpin Umno adalah agen untuk menidakkan hak-hak rakyat dikembalikan, menyerahkan hak-hak Sabah untuk kepentingan peribadi.
Jika merujuk dokumen mahkamah berkaitan saman sivil, naik taraf QEH1, seorang pemimpin utama Umno Sabah direkodkan menerima RM6juta, sebagai perantara, cerminan rakusnya pemimpin parti itu, untuk kepentingan peribadi.
Berbanding Ketua Menteri, kerana kecekapan memimpin, berjaya menyelamatkan 1 juta hektar tanah negeri daripada dirompak secara halus dan tersusun yang dikordinasi mantan CEO SMM, menerusi lesen cari gali.
Lesen cari gali, digunakan sebagai perangkap, kerana modus operandinya mudah berbanding bentuk pelaburan lain, atas sebab lesen cari gali, kos operasi sepenuhnya atas tanggungjawab syarikat yang memohon, dan sebagai imbalan, jika ditemukan data geomineral yang ekonomik untuk dilombong, syarikat berkenaan, ada keutamaan untuk diberikan lesen melombong (mining lease).
Apa yang menjadi masalah, daripada 26 lesen cari gali yang diberikan, 4 lesen yang terkait dengan kartel yang disusun atur mantan CEO SMM, adalah kawasan yang tidak boleh diteroka, kerana termasuk dalam hutan simpan kekal, tadahan air, perkampungan, dan kawasan sensitif yang boleh mengundang bencana seperti tanah runtuh.
Conman, penipu digunakan, sebagai perangkap, kerana memang, berani melaksanakan misi kotor dan jijik, apa tah lagi dijamin habuan yang cukup besar, jika misi berjaya.
Perbuatan kotor dan jijik, tidak selamanya berjaya. Demikian juga, langkah rakaman video, akan berkesudahan makan tuan, kerana rakyat Sabah sedar, tindakan tersebut, didalangi pemimpin politik ketandusan modal politik.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment