Home » PRN Sabah: Walau belum ada perjanjian, 8 parti bakal tanding lambang GRS
Berita Tempatan Politik

PRN Sabah: Walau belum ada perjanjian, 8 parti bakal tanding lambang GRS

Ketua Penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai
 
 
PETALING JAYA: Lapan parti komponen bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini bersedia melangkah ke medan PRN, dengan persetujuan penggunaan satu lambang bakal dimuktamadkan dalam masa terdekat.
 

Ketua Penerangannya, Joniston Bangkuai, berkata walaupun belum ada perjanjian dimeterai, semua parti bersetuju menggunakan logo GRS seperti diminta Pengerusi Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga merupakan ketua menteri Sabah.

 

“Walaupun tiada keputusan rasmi dibuat, semua parti komponen dijangka bersetuju cadangan itu,” katanya kepada FMT sambil menyatakan kesediaan itu menunjukkan kesatuan gabungan untuk mempertahankan pentadbiran kerajaan Sabah.

Komponen GRS terdiri Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno).

Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS).

Jika dipersetujui, PRN Sabah ke-17 yang dijadualkan tahun depan akan menjadi medan pilihan raya kedua semua parti komponennya bertanding bawah lambang GRS.

Kali pertama pada PRU15 berlangsung Disember 2022 yang menyaksikannya menang enam kerusi Parlimen iaitu Papar, Batu Sapi, Sipitang, Ranau, Keningau dan Tawau.

PRN Sabah yang membabitkan pertandingan di 73 kerusi DUN dijadualkan tahun depan di mana penggal pentadbiran GRS pimpinan Hajiji tamat Oktober 2025.

Sementara itu, Joniston yang juga Adun Kiulu berkata perbincangan tidak rasmi telah diadakan berhubung agihan kerusi dan ia juga masih belum dimuktamadkan.

“Kita ada membincangkannya secara mendalam dalam mesyuarat tertinggi baru-baru ini. Namun, secara umum GRS sudah bersedia menghadapi PRN,” katanya.

— Nora Mahpar

 

 

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment