Home » SPRM siasat kes libat individu dikatakan ‘pemberi maklumat’ di Sabah
Berita Tempatan

SPRM siasat kes libat individu dikatakan ‘pemberi maklumat’ di Sabah

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki di acara antirasuah antarabangsa di Petaling Jaya.

 

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat kes melibatkan individu yang dikatakan seorang ‘pemberi maklumat’ di sebalik video dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan beberapa Adun Sabah.

Ketua Pesuruhjaya Azam Baki berkata individu tersebut enggan beri keterangan-keterangan (evidence) berkaitan, selepas percakapannya dirakam.

“Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa SPRM tidak boleh melindunginya selagi dia tidak beri apa yang dia ada,” katanya kepada pemberita selepas suatu acara antirasuah antarabangsa 2024.

“Saya tidak boleh beri jaminan perlindungan kepadanya sehingga dia memberikan semua keterangan (evidence). Dia beri kepada anda semua (media) tetapi tidak kepada SPRM.”

Bulan lalu, sebuah NGO memfailkan laporan kepada SPRM menggesa ia menyiasat individu berkenaan, yang didakwa mempunyai maklumat berhubung amalan rasuah berkait kelulusan lesen cari gali.

Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) Zulkarnain Mahdar berkata laporan dibuat kerana individu berkenaan gagal membuat aduan rasmi kepada SPRM, sebaliknya membuat dakwaan terbuka menerusi beberapa video.

Ketua Menteri Hajiji Noor berkata kerajaan Sabah sedia beri kerjasama kepada SPRM untuk menyiasat kes ini.

FMT

 

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment