Home » Komplot rakaman video:DAP kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Politik Sudut Pandangan

Komplot rakaman video:DAP kaji kedudukan dalam kerajaan negeri

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, memberitahu Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP memberikan mandat penuh kepada pemimpin parti itu di Sabah untuk mengkaji semula kedudukan mereka dalam kerajaan negeri.

TERPULANG kepada Parti DAP mengkaji kedudukan dalam kerajaan negeri, kerana mempertahankan “prinsip” berkaitan rasuah, dan tidak sanggup menunggu siasatan dan menerima pendekatan Bersalah sebelum dibuktikan tidak, bukannya Tidak bersalah, sebelum dibuktikan.

Kadangkala, sesetengah pemimpin itu, tidak mampu melihat apa yang mengelilingi mereka, akan tetapi, dapat melihat kuman di seberang laut berbanding gajah dibibir mata.

Datuk Dr Jeffery G Kitingan, apabila ditanya desakan Pemimpin Umno dan Warisan, untuk Ketua Menteri meletakkan jawatan, Presiden STAR itu dengan pantas menjawab, Apa salah dia?, seseorang yang disiasat, tidak semestinya salah, di negara ini perkara biasa sesuatu siasatan, kemudian dijadikan tuduhan, apabila sampai di mahkamah pun, orang yang kena tuduh (OKT), tiada prima facie, dan tidak perlu membela diri, dan kerana itu, dibebaskan dan dilepaskan.

Ketua Menteri, bukan individu kategori disiasat, tetapi individu yang memberi keterangan, agar pihak berwajib melaksanakan siasatan.

Lapan individu lain yang dibabitkan dalam rakaman video juga, para individu yang memberi keterangan, agar kandungan rakaman disiasat.

Tindakan memberi keterangan untuk meminta SPRM membuat siasatan, adalah asas, mengapa mereka tidak direman, tidak seperti kes rasuah yang membabitkan pemimpin Warisan dan beberapa kontraktor yang terkait dengan projek KKLW semasa Datuk Shafie Apdal sebagai menteri.

Kes rasuah membabitkan Shafie, pemimpin Warisan, adik beradik Shafie dan beberapa kontraktor cukup kaya dengan dokumen, akan tetapi dikategorikan tiada tindakan lanjut (NFA).

Apa lah makna rakaman video yang disunting, yang tidak dapat membuktikan apa-apa, kerana misi rakaman itu adalah pembunuhan karakter menerusi “trial by media”.

Jika benar lah DAP Sabah mengkaji hubungan dengan GRS, kearah menarik sokongan, maka pemimpin parti itu setaraf dengan pemimpin Umno dan Warisan yang percaya dengan sesuatu yang tidak pasti kebenarannya.

Adanya ura-ura DAP Sabah mengkaji kedudukan dengan menggunapakai rakaman video yang disiarkan bersiri oleh malaysiakini, maka pemimpin parti itu, bukan kategori pemimpin yang boleh diajak bekerjama dalam jangka masa panjang, kerana berkecenderungan meninggalkan kawan, tanpa sebab yang kukuh.

Rakaman video yang dibuat ketua kartel, bertujuan untuk mengugut. Rancangan itu dibuat bersama dalang menumbangkan Ketua Menteri dan kerajaan, kesan, tiada keupayaan menerusi politik.

Modus operandinya mudah, ketua kartel memohon sebanyak mungkin lesen cari gali. Menerusi permohonan tersebut, di susun atur mendekati seramai mungkin wakil rakyat penyokong kerajaan. Menerusi perjumpaan, rakaman video dilakukan, tujuannya, agar dapat menangkap wajah dan contoh suara sasaran.

Kali pertama, permohon lesen cali gali, didakwa wujudnya rasuah, kerana bentuk permohonan itu, tidak mengundang sebarang isu rasuah, memandangkan, ianya berbentuk fact finding, yang mana pemohon menggunakan dana sendiri, yang boleh berakhir tangan kosong, seperti mana berlaku dalam cari gali minyak, syarikat yang diberi lesesn, menanggung kerugian berbilion ringgit, tanpa pulangan.

Satu persoalan besar, mengapa pemohonan syarikat yang di kawal kartel terpaksa membayar surat sokongan? sedangkan 19 syarikat lain yang diberikan lesen serupa, tiada isu membeli surat sokongan.

Latar belakang rakaman video, atas sebab Ketua Menteri membatalkan lesen-lesen yang diberikan menerusi penipuan, yang berjaya memperdaya Lembaga Pengarah SMM yang dipengerusikan Ketua Menteri.

Lesen-lesen yang dibatalkan membabitkan 1juta hektar tanah simpan kekal, tadahan air yang tidak dibenarkan untuk diteroka.

Tujuan permohonan lesen, bukan untuk maksud cari gali, akan tetapi, mensasarkan kayu balak di kawasan-kawasan tersebut.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .