Home » Dendam kesumat pemimpin Parti Warisan kepada TSMA
Politik Sudut Pandangan

Dendam kesumat pemimpin Parti Warisan kepada TSMA

Pemimpin dan penyokong Warisan menggunakan sepenuhnya media sosial, yang sepatutnya saluran untuk menyebarkan kebaikkan, akan tetapi digunakan untuk memfitnah dan mengaibkan pemimpin termasuk TSMA (kanan)

TEBALNYA dendam pemimpin Parti Warisan terhadap Tan Sri Musa Aman (TSMA) mungkin sampai kiamat kerana masih membangkitkan kes mahkamah mantan Ketua Menteri tersebut.

Kes TSMA tidak berbangkit lagi untuk selama-lamanya, apabila mahkamah membebaskan sepenuhnya.

Kepsyen Parti Warisan atas nama Sinaran Wira, jika Musa (TSMA) dilantik TYT Sabah, kerana telah bersetuju, menarik semua tuntutan Sabah dalam MA63, dan sebagai balasan, PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menarik semua pertuduhan terhadap beliau dan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Kepsyen Parti Warisan atas nama Sinaran Wira, bukan saja memfitnah TSMA, juga PMX.

Kepsyen tersebut bukan saja memfitnah TSMA juga PMX.

Pemimpin dan penyokong Warisan kalau menipupun jangan nampakkan kebodohan, bagai mana PMX boleh terkait dengan kes TSMA, sedangkan belum menjadi PMX.

TSMA dibebaskan sepenuhnya oleh mahkamah, sebelum PMX,  ertinya tiada cerita lagi selepas itu.

Berkaitan tuduhan terhadap pemimpin GRS, tiada sesiapa yang dituduh, yang ada hanya dakwaan seorang conman, penipu, scammer yang diupah oleh pemimpin tertentu dan dijayakan oleh malaysikini kerana dibayar.

Pemimpin dan penyokong Warisan menggunakan sepenuhnya media sosial, yang sepatutnya saluran untuk menyebarkan kebaikkan, akan tetapi digunakan untuk memfitnah dan mengaibkan pemimpin.

Mereka yang mempunyai agama, terutama agama islam, sepatutnya faham, kesan fintah dan pembohongan terhadap diri mereka selepas kematian. Akan tetapi, mereka tidak takut pada pembalasan atau hukuman Tuhan berkaitan perbuatan mereka itu, dan selain itu perbuatan mereka bukan saja mencabar kuasa Tuhan juga undang-undang.

Betullah kata seorang pemimpin veteran Sabah, melayan isu-isu dalam media sosial, kita boleh menjadi gila, jika iman kurang.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment