Home » PRN 17 SABAH: Kerjasama GRS dengan pelbagai Parti demi kestabilan politik
Politik Sudut Pandangan

PRN 17 SABAH: Kerjasama GRS dengan pelbagai Parti demi kestabilan politik

Pada masa ini, GRS menyandang 38/73, mempertahankannya sudah cukup untuk membentuk kerajaan.

ATAS sebab matlamat Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor untuk mengwujudkan kerajaan yang stabil, maka, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terbuka bekerjasama dengan parti-parti yang menyokong kerajaan Perpaduan Persekutuan, dengan syarat, tiada yang bertindak sebagai “big brother” dan akur keputusan negeri.

Pun demikian terpulang kepada parti-parti berkenaan, apakah mahu sebahagian kerajaan, kerana sentimen politik Sabah, rakyat lebih cenderung pada GRS.

Apapun bentuk pendekatan pada PRN-17, diyakini, GRS sekurang-kurangnya menang 37/73, dan jumlah itu merupakan majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan.

Dalam kerjasama, kena betul-betul bekerjasama, dan bertindak sebagai kawan, saling menghormati, tiada unsur tikam belakang, atau cucuk mencucuk, termasuk “demanding”.

Apa yang mustahak selepas kerajaan dibentuk, lantikan jemaah menteri dibuat, maka semua pihak kena akur dan memberi sokongan, bekerja sebagai satu pasukan, untuk menjayakan hala tuju memajukan dan membangun negeri.

Jangan timbul macam-macam langkah, kerana cara demikian, boleh mencacatkan apa yang dirancang kerajaan.

Sebagai parti terbesar, GRS kena mempelawa parti-parti lain, untuk mengwujudkan perpaduan, kestabilan, kerana Sabah memerlukan kestabilan politik yang mampan, agar tidak timbul kacau ganggu dalam menjalankan pemerintahan.

Dalam berkerajaan, jika semua berganding bahu, maka yang berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

Prinsip untuk apa gaduh-gaduh sedangkan muafakat boleh diwujudkan.

Walapun Ketua Menteri yang juga pengerusi GRS terbuka bekerjasama dengan berbagai parti, nampaknya agak berat, jika merujuk pada Parti Warisan, kerana kepimpinan parti itu, suka menunjuk-nunjuk, serba tahu, yang boleh menyebabkan keputusan boleh dibuat dalam masa singkat, akan berlarutan, berpanjangan, sehingga semuanya menjadi buntu, dan akhirnya tidak dapat membuat keputusan.

Kepimpinan Parti Warisan hanya mahu menang, syiok sendiri, akan tetapi tin kosong, dan jika mendengar hujah-hujah mereka, ikan kering pun boleh berenang semula.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .