Home » Kerjasama berbagai Parti, MalaysiaKini potretkan GRS Parti Pengemis
Politik Sudut Pandangan

Kerjasama berbagai Parti, MalaysiaKini potretkan GRS Parti Pengemis

Dalam laporan portal berita MK yang bertajuk “Hajiji jumpa pemimpin PH Sabah minta sokongan” mempotretkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sebagai pengemis.

BETAPA busuknya editor portal berita MalaysiaKini (MK) apabila mempotretkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai parti pengemis untuk bekerjasama dengan PH Sabah pada PRN-17 akan datang, hanya kerana kegagalan misi pembunuhan karakter yang dijayakan portal berita tersebut.

Perkiraan awal editor portal berita itu, para pemimpin GRS akan berbalah sesama sendiri ekoran siaran bersiri rakaman video peniup wesel yang melibatkan beberapa ADUN.

Tidak dinafikan, siaran bersiri tersebut dapat mempengaruhi parti DAP, sehingga Setiausaha Agung parti itu mengeluarkan kenyataan, akan mengkaji kedudukan dalam kerajaan negeri Sabah.

Dalam laporan portal berita itu yang bertajuk “Hajiji jumpa pemimpin PH Sabah minta sokongan” mempotretkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sebagai pengemis.

Protal berita itu, dalam laporan sangat berat sebelah, kerana tidak mengulas, kedudukan ADUN yang menyokong Ketua Menteri, kerana tanpa ADUN DAP pun atau PH sekali pun, kerajaan negeri mempunyai majoriti mudah untuk menghabiskan penggal ke-16 DUN Sabah yang tamat pada Oktober 2025.

Perjumpaan “makan malam” bukan perjumpaan rasmi, hanya mungkin, sebagai Ketua Menteri memberi pencerahan berkaitan komplot pembunuhan karakter, agar kepimpinan DAP mendapat maklumat daripada sumber pertama. Terpulang kepada yang mendengar menerima atau pun tidak.

Tindakan Ketua Menteri berjumpa, menunjukkan sifat sebagai “bapa”, tiada maksud lain.

Berkaitan kerjasama, itu perkara lain, dan hanya dibincang menerusi perbincangan rasmi, bukannya dalam acara makan malam.

Rakyat Sabah secara umumnya, telah menganggap, mereka yang terpengaruh dengan rakaman video tersebut bertindak sebagai penyiasat, pendakwaraya dan hakim sekali gus, membelakangkan undang-undang, malah memperlekeh agensi yang bertanggungjawab menentukan kedudukan seperti mana dakwaan dalam rakaman video oleh peniup wesel tersebut.

Kalau pun, MK, tidak suka pada GRS dan Ketua Menteri, sebagai media, beri laporan yang adil dan betul, bukannya sentiasa berat sebelah dan mengapungkan bola tanggung untuk memancing berbagai persepsi negatif.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .