KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat Duta Besar Jepun ke Malaysia, Noriyuki Shikata, di Menara Kinabalu di sini hari ini.
Beberapa isu turut dibincangkan termasuklah memperkukuhkan hubungan dua hala antara Jepun dan Sabah.
Lawatan Noriyuki itu juga sempena dengan Majlis Sambutan Hari Jadi Maharaja Jepun pada malam ini.
Duta yang mengambil alih jawatan pada bulan September tahun lalu itu diiringi oleh Konsul Jeneral Jepun di Kota Kinabalu, Yamashita Yoshito.
— TAMAT
Add Comment