Home » Musa berangkat sempena lawatan singkat ke Brunei
Berita Am Berita Tempatan

Musa berangkat sempena lawatan singkat ke Brunei

SUASANA: Musa (dua dari kanan) dan Faridah (tiga dari kanan) bersama-sama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah (tiga dari kiri) dan isteri Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (empat dari kanan) semasa berkunjung di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.

KOTA KINABALU:  Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman berangkat ke negara Brunei Darussalam bagi mengadakan lawatan singkat, hari ini.

Pesawat khas yang membawa beliau dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin berlepas melalui Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 10.57 pagi tadi.

Mengiringi beliau di lapangan terbang ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Ariffin Mohd Arif; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Panglima Kadzim M Yahya dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

 Musa (kiri) dan Faridah (kanan) bersama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha di Istana Nurul Iman Bandar Seri Begawan.
LAWATAN: Musa (kiri) dan Faridah (kanan) bersama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha di Istana Nurul Iman Bandar Seri Begawan.

Semasa di negara Brunei Darussalam, Musa dan Faridah mengadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan kira-kira jam 11.55 pagi.

Musa dan Sultan Hassanal Bolkiah mempunyai hubungan persahabatan yang sangat erat.

Beliau serta rombongan kemudian berlepas balik dan tiba di ibu negeri pada jam 3.20 petang.

–Penerangan