APABILA Datuk Bung Moktar Radin berulang kali mempotretkan bahawa Umno/Bn adalah mangsa pengkhiantan, pada hakikatnya, Bung bersama parti beliau yang merupakan pengkhianat.
Pendedahan Datuk Dr Jeffery G Kitingan berkaitan kesepakatan agihan kerusi pada PRN-16 Sabah, bahawa Umno/BN telah bersetuju hanya bertanding 27 kerusi, 2 hari sebelum penamaan calon, iaitu pada 10 September 2020, akan tetapi semasa penamaan calon, parti itu bertanding 41 kerusi, iaitu Umno 32, MCA dan PBRS 9 kerusi.

Dengan mengkhianati agihan kerusi, maka, berlaku lah pertembungan berbagai penjuru, termasuk pertandingan “persahabatan” dengan parti-parti dalam GRS. Kesan tindakan Umno/BN tersebut, kerusi-kerusi yang sepatutnya dimenangi parti-parti dalam GRS, ditawan parti lawan.
Walaupun Umno membentuk kerajaan bersama dengan rakan-rakan parti, yang dinamakan kerajaan GRS pada September 2020, kemudiannya pada Mac 2021 dijenamakan sebagai kerajaan GRS-BN, akan tetapi, Bung bersama Kumpulan beliau menggerakkan langkah Kinabalu pada 6 Januari 2023 untuk menumbangkan Ketua Menteri, apabila bekerjasama dengan Parti Warisan, parti yang dilawan pada PRN-16.
Menjelang PRN-17, Bung mengapungkan retorik, bahawa parti itu perlu berhati-hati bekerjasama dengan parti, dan membayangkan tiada kerjasama dengan GRS, kerana tidak ingin berulang apa yang berlaku pada PRN-16, kerana parti itu mendakwa, GRS menaja calon bebas menentang calon-calon Umno/BN. Sedangkan Umno/BN lah yang mengkhiantai perjanjian atau persetujuan, maka parti-parti dalam GRS tiada pilihan melainkan terpaksa menyokong calon-calon bebas yang mempunyai kebarangkalain tinggi untuk menang, untuk mengelak kerusi tersebut dimenangi parti lawan.
Sepertimana diketahui keputusan PRN-16, Umno menang 14/73, manakala GRS 23/73, dan bebas mesra GRS 3/73, sehingga menjadikan kerusi GRS 41/73, mencukupi untuk membentuk kerajaan.
Kini selepas penjajaran baru, GRS secara keseluruhan mempunyai 40/73, Umno 8/73, PH 7/73 manakala bakinya disandang Parti Warisan.
Jika merujuk kepada kebimbangan, sepatutnya GRS lah perlu bimbang apabila bekerjasama dengan Umno/BN, kerana parti itu boleh sahaja bertindak diluar persetujuan, seperti mana berlaku pada PRN-16.
Berpandukan pada senario politik semasa, bekerjasama dengan Umno/BN tidak memberi apa-apa kelebihan, kerana parti itu pada hakikatnya adalah parti matahari terbenam (sun set party). Berkerjasama dengan parti itu lebih banyak mudarat berbanding kebaikan.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment