PENGALAMAN dua pemimpin tersebut yang pernah diberi peluang menyelesaikan masalah kemudahan asas di Sabah, sepatutnya membantu kerajaan memberi penjelasan dan penerangan, mengapa masalah-masalah kemudahan asas tidak selesai sehingga pada hari ini.
Apa yang berlaku, pengalaman yang ada pada dua pemimpin tersebut digunakan sebagai senjata untuk menyerang kerajaan Sabah hari ini, kerana mereka tahu, masalah kemudahan asas, bukan seperti memasak mee segera, melainkan perlu masa dan kewangan.
Pada masa Datuk Seri Shafie Apdal diberi peluang, beliau dilengkapi dengan peruntukan sebanyak RM7.5bilion semasa menerajui KKLW, pun demikian, masalah-masalah tersebut bukan saja tidak selesai, malah tidak berlaku banyak perubahan, sehinggakan kesannya menjadi kronik, mengikut masa, kerana berlakunya peningkatan permintaan, dan untuk jalan raya, telah bertambahnya kenderaan.
Sementara Datuk Bung Moktar Radin pula telah diberi peluang antara September 2020 hingga Januari 2023, sebagai Menteri KKR yang dipertanggungjawabkan berkaitan kemudahan asas, pun demikian, kerana sifat kemudahan asas itu memerlukan penyelenggaran, naik taraf, masa dan kewangan, maka sehingga lah dipecat sebagai Menteri, tidak berbuat apa-apa, malah, keadaan semakin kronik.
Tempoh tiga tahun, diharapkan oleh barisan kabinet negeri dan rakyat Sabah, akan tetapi, Bung mensia-siakan peluang tersebut, malah memerangkap kerajaan negeri, yang terpaksa menanggung kesannya.
Walaupun Bung gagal melaksanakan tanggungjawab, Kerajaan Sabah hari ini, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, melaksanakan beberapa tindakan jangka pendek dan panjang ke arah penyelesaian. Pun demikian, penyelesaian tidak sesegera mungkin, kerana sifat kerja-kerja yang membabitkan tindakan-tindakan tersebut memerlukan masa, tenaga dan peruntukan. Selain itu, masalah lapangan yang dihadapi, antaranya pencurian, samada membabitkan air atau elektrik, sementara jalan raya pula, kerana kenderaan-kenderaan berat yang overload, selain spesifikasi jalan yang telah luput masa.
Bekalan air, bukan hanya berkaitan bekalan air, akan tetapi perpaipan. Sistem perpaipan yang usang antara sebab, punca bekalan terganggu. Demikian juga bekalan elektrik, selain loji tenaga yang semakin usang, juga gangguan faktor alam, seperti pokok tumbang, pergerakaan tanah, sehingga menera tumbang, maka menyumbang kepada gangguan bekalan.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment